Kisah yang akan diceritakan ini adalah mengenai cerita sebuah kampung dan kebebalan serta kebodohan ketua kampungnya yang juga ketua UMNO cawangan. Kampung yang dimaksudkan ialah Kampung Bukit Badong di dalam daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan.
Kampung Bukit Badong adalah sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Kuala Selangor dan terletak kira- kira 50km daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu ( Jawa ). Walaupun ia terletak jauh daripada ibukota Kuala Lumpur, namun ia tidaklah terlalu mundur. Dari segi pembangunan, jalan jalan kampung semuanya telah diturap dengan tar, penduduk kampung telah disediakan dengan sebuah sekolah rendah, sekolah rendah agama, masjid, perpustakaan awam dan lain lain lagi.
Daripada segi pendidikan, anak kampung ini mendapat pendidikan yang baik. Hinggkan ada yang sampai ke pusat pengajian tinggi. Terdapat dua orang anak kampung ini pada waktu sekarang menjadi wakil rakyat di DUN Selangor. Dengan salah seorang daripadanya menjawat jawatan EXCO KANAN ( Dato Zainal Dahalan ) dan YB Ismail Kijo ( Tais) . Tidak kurang juga anak kampung ini yang menjadi doktornya, engineernya dan macam macam lagilah termasuklah penagih dadah, pelumba motor haram ( yang nampaknya tidak mendapat perhatian daripada pihak JKK mahupun UMNO )
Majoriti penduduk veteran kampung ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai punca pendapatan mereka seperti penanaman getah, kelapa sawit, kopi dan tanaman kontang yang lain seperti pisang, keladi, keledek, sayur sayuran dan lain lain lagi. Manakala kebanyakan penduduk yang berusia kurang daripada 40 tahun berkerja dengan makan gaji ( kakitangan kerajaan, kerja kilang dan lain lain lagi ). Sesetengahnya berkerja di Kuala Lumpur ataupun Shah Alam.
Daripada politiknya pula, kampung ini banyak dipengaruhi oleh UMNO walaupun terdapat cawangan PAS tetapi UMNOlah yang sentiasa terkehadapan dikampung ini ( rasanya sejak merdeka lagi, pengaruh UMNO terlalu kuat, walaupun ada seorang anak jati kampung ini pernah menjadi calon PAS dalam pilihanraya UMUM pada tahun 1982 - tetapi kalah kepada calon BN daripada MIC ). Bagaimanapun, sejak akhir akhir ini bermula daripada peristiwa penyingkiran DSAI pengaruh PAS semakin bertambah. Hinggakan daripada laporan terakhir, jumlah bilangan ahli PAS yang berdaftar telah melebihi jumlah ahli UMNO. Itu belum dicampurkan dengan isteri isteri ahli lelaki PAS yang belum mendaftarkan diri dan belum dicampurkan dengan kakitangan kerajaan yang menyokong PAS tetapi tidak mendaftarkan diri. Diberitakan, semasa mesyuarat UMNO pada bulan APRIL yang lepas, mesyuarat tersebut tidak mempunyai korum yang mencukupi. Sebelum itu, ingin dinyatakan walaupun dalam sebuah kampung tetapi UMNO dikampung ini mempunyai dua cawangan iaitu Cawangan Bukit Badong Timor dan Cawangan Bukit Badong. Difahamkan, kedua dua ketua cawangan UMNO ini adalah tidak sehaluan.
Walaupun UMNO telah lama menapak
atau berkuasa dikampung ini, tetapi ia
masih belum mempunyai bangunan sendiri.
Hinggakan setiap kali mesyuarat agong
diadakan, terpaksa menumpang di sekolah agama.
Betapa teruknya mereka. Menyalah gunakan
kemudahan yang ada. Dan setiap kali mesyuarat
AJK UMNO, balai JKK lah menjadi tempat
mesyurat . Sepatutnya tempat tempat ini digunakan
untuk kemajuan kampung bukannya tempat untuk
UMNO bermesyuarat. Betapa daifnya UMNO, setelah
memerintah hampir setengah abad diBukit
Badong tetapi masih menumpang acapkali menjalankan
mesyuarat. Begitu juga dengan kegiatan yang
dijalankan. Tidak satu pun kegiatan yang
dijalankan mengajak kepada mendhaifkan @
mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha
esa. Kebanyakan aktivitinya semuanya berunsurkan
maksiat. Contohnya :
1. Semasa menyambut hari
kebangsaan 1998 yang lepas UMNO telah
mengadakan satu bentuk hiburan seperti konsert
yang mencampurkan wanita dengan lelaki
dengan gaya terlonjak lonjak diatas pentas
seperti kera kena belacan. Apa yang
lebih menyedihkan ialah, konsert ini telah
diadakan dipadang belia yang terletak
kira kira 500 meter daripada masjid. Alangkah
baiknya jika hari kebangsaan ini disambut
dengan bacaan al-quran dimasjid daripada
melonjak lonjak diatas pentas. Agaknya dulu semasa
menyambut kemerdekaan UMNO Bukit Badong ini
terkilan kerana tidak dapat berkonsert diatas
pentas sebab itulah dalam masa menyambut hari kebangssan
pada 1998 yang lepas mereka menjalankan /
mengadakan konsert yang mencampurkan lelaki / wanita
dengan gaya terlonjak lonjak seperti kera
kena belacan.
2. Ketika menyambut / mengadakan jamuan hariraya pada bulan Feb 1999, sekali lagi diadakan pancaragam, dengan artis jemputannya ialah Hermantino. Walaupun tempatnya bukan lagi diatas padang belia, namun ia telah diadakan dipusat belia kg. Bukit Badong yang jaraknya hanya kira kira 3 minit perjalanan kaki dari masjid. Sekali lagi jogetan mewarnai jalan ke masjid Bukit Badong. Apa yang lebih menariknya, jamuan ini telah dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Menteri Besar Selangor. Lihatlah betapa jahilnya mereka sehinggakan sanggup mengadakan jamuan dan nyayian tanpa menghormati masjid disebelahnya.
3. Pada awal Jun yang lepas, kampung ini telah kehilangan imam yang memang diketahui immam tersebut adalah penyokong kuat PAS dan BA. Setelah kematiannya, ketua kampung telah tidak melantik timbalan imam sebagai gantinya kerana gantinya pun adalah orang BA + Pas. Sebaliknya telah melantik seorang yang memang diketahui pengetahuan agamanya rendah sekadar guru AGAMA KEMAS. Guru ini setakat sekolah rendah agama pun tak lepas, harapkan senyum kambingnya saja. Satu lagi sejak kebelakangan ini semmua jawatankuasa masjid yang dilantik melalui orang kampung, semuanya telah dibekukan. Mana taknya baru baru ini dilantiknya seorang yang telah dibuang kerja kerana PECAH AMANAH telah dilantik sebagai setiausaha masjid. Punnya bebal ini ketua kampung. Setiausaha baru sebenranya bukanya tahu apa, tetapi setakat tahu menggunakan komputer saja . Sombongnya tak boleh cakap. Ketahuilah ISHAK KAMARUDDUN oarang kampung ramai yang tak suka sama mu. Temberang kata ada lesen kontraktor tapi yang ada cuma lesen kereta.
4. Ketua kampung ini memang banyak skandal salah satu satu ialah skandal pecah amanah salah seorang anggota keluarganya diKilang MSG yang bernilai ribuan ringgit pada tahun 1997 lepas. Begitu juga dengan kisah beberapa oarang kampung ini telah DIBLACK LISTKAN KERANA tidak pernah berjemaah kemasjid. Dengarnya,, nama ketua kampung ini pun ada .. macam mana nak mengetuai kampung kalau nak datang masjid pun susah.
5. Malah ketua kampung ini pernah berkata tidak akan menandatangani borang pengesahan pendapatan bagi penduduk kampung yang menyokong PAS. Borang yang dimaksudkan ialah borang pinjaman buku teks. Apa dia ingat itu BUKU teks babak dia punya ? Itu bukan bapak dia punya dan bukan askar pencen punya ( ketua ni dulu asakar TUDM )
6. Kisah terbaru ialah beberapa minggu yang lepas, telah diadakan pertandingan kampung terbaik peringkat negeri dan Bukit Badong telah terpilih sebagai wakil daerah Kuala Selangor, persiapannya sungguh hebat tapi setakat persiapan saja . Lepas pertandingan sepi semula ini hangat hangat tahi ayam ketua kampung kita.
Akhir sekali, kepada anak kampung BUKIT BADONG YANG TELAH BERJAYA YANG BERADA DILUAR TU, SAMA SAMALAH KITA BALIK KAMPUNG SEKURANG KURANGNYA SEBULAN SEKALI , UNTUK MENYEDARKAN IBUBAPA, ADIK BERADIK KITA, SAHABAT KITA AGAR MEREKA SEDAR BAHAWA KERAJAN BN YANG DITUNJANGI UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI . SAYA TAHU RAMAI ANAK KAMPUNG INI YANG TELAH BERJAYA DAN SELALU MENGUNJUNGI LAMAN REFORMASI SEDARLAH ORANG KAMPUNG KITA MEMERLUKAN KHIMDMAT KITA .
TAKBIR ! REFORMASI !
REFORMASI ! REFORMASI !
mkhadam