UMNO (Asal) Vs UMNO (Baru)

UMNO telah berjuang sejak 11 Mei, 1946 untuk kesejahteraan masyarakat bumiputera khususnya
     dan Warganegara Malaysia amnya.

     UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Pada
     4 Februari, 1988. 'Pengharaman' itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO
     mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah
     berlangsung pada 24 April, 1987.

     Berlaku pertarungan sengit untuk merebut jawatan presiden parti yang disandang oleh mahathir a/l
     mohamad iskander kutty (yang mengetuai Team A) yang berjaya mempertahankan kedudukannya
     dengan kelebihan 40 undi mengalahkan Ku Li (yang mengetuai Team B).

     Sekumpulan ahli Team B yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan, telah mencabar
     keputusan itu di Mahkamah Tinggi. Sebagai seorang yang licik dalam politik putar-belit, mahathir
     kutty melihat senario ini sebagai 'pucuk dicita, ulam mendatang'. Inilah peluang terbaik untuk
     menyingkirkan kelompok yang menentang beliau secara halus melalui undang-undang. UMNO yang
     terkenal membela pelbagai macam hantu, turut mempunyai cawangan-cawangan UMNO hantu!

     Maka berpakatlah para peguam UMNO dan sihakim harun hashim. Isu cawangan hantu ditimbulkan
     dan sihakim (seperti mana juga si ogostin tak relevan dan ripin joker@jakar) dikehendaki membuat
     keputusan berdasarkan skrip peguam UMNO dan mahathir kutty, iaitu disebabkan UMNO terdiri
     daripada beberapa cawangan hantu yang tidak berdaftar, maka keseluruhan UMNO hendaklah
     diharamkan! Takkan tak perasan, hakim siharun hashim takpun kena jentik bila dia mengharamkan
     UMNO, sebaliknya dinaikkan pangkat dan tak lama selepas itu, diberi Tan Sri lagi. (sempat ke ogostin
     dan ripin joker naik pangkat dan dapat tan sri?).

     Maka terlompat dan terkejut beroklah ahli-ahli UMNO Asal apabila mendengar UMNO telah diharamkan
     pada 4 Februari 1988, sedangkan simahathir kutty sebenarnya terkekeh-kekeh dan melompat-lompat
     kegumbiraan kerana perancangan awalnya telah berjaya. Bila UMNO haram, secara automatik
     keahlian semua ahli UMNO Asal akan gugur. Inilah yang dikehendaki oleh simahathir kutty. Nampak
     tak betapa liciknya kutty ni?

     Kedudukan beliau tak berparti tak mengapa, malah tergadai jawatan PieM kepada Liong Shit pun tak
     mengapa. Seperti apa yang beliau nikmati sekarang, kebanyakan institusi kerajaan ketika itupun
     memang telah berada di bawah telunjuk beliau. Jadi masalah pengharaman berkenaan adalah masalah
     teknikal saja. Liong Shit pangku jawatan PieMpun teknikal saja. (Nasib baik si liong shit mahu bagi balik
     jawatan PieM yang dia dok pangku).  Si mahathir kutty ni tahu, beliau berkuasa ke atas semua
     termasuk Pendaftar Pertubuhan. Yang beliau mahu ialah, UMNO Asal 1946 yang memperjuangkan
     kemerdekaan negara, sudah tidak wujud sekaligus lingkop dengan ahli-ahlinya sekali.

     Beliau cuma perlu menunggu proses undang-undang selesai bagi membolehkan pendaftaran UMNO Asal
     1946 dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebelum membuka langkah seterusnya, iaitu mendaftarkan
     semula UMNO dengan tambahan perkataan (Baru). Pada 13 Februari 1988, UMNO (Baru) Team A atau
     ringkasnya UMNO (BaruA) telah disahkan pendaftarannya. Inilah UMNO ciptaan mahathir a/l iskander
     kutty. Pada 16 Februari, 1988 UMNO (BaruA) telah diterima sebagai anggota terbaru Banana Nasional.
     Jadi secara teknikalnya juga, MCA dan MIC adalah secara automatik merupakan 'senior' dalam
     gabungan Banana Nasional sebab UMNO (BaruA) hanya memohon dan diterima sebagai komponen
     Banana Nasional pada 16 Februari 1988! UMNO (BaruA) janganlah mendabek dada sebagai antara
     pengasas Banana Nasional yang telompat-lompat dan terkinja-kinja merayakan ulangtahun banana
     nasional ke-25 di Bukit Jalil tempoh hari!

     Pihak yang paling sedih ialah yang cuba mempertahan dan menghidupkan UMNO 46 yang asal,  yang
     diketuai oleh ku li dan disokong oleh beberapa bekas ahli yang lain seperti rais anak yatim jambatan
     hangus, brahim alkataki aljilat dan lain-lain. Malah pak lah Gumbala Ba*i pun telah meletakkan
     sebelah kakinya ke dalam pasukan ku li! Setelah berhempas pulas, maka lahirlah Parti Melayu
     Semangat 46 yang kemudiannya, hilang semangat pada tahun 1997.

     Sementara itu Almarhum Tunku Abdul Rahman, sebagai manusia yang paling sedih apabila UMNO Asal
     diperlakukan sedemikian rupa oleh manusia yang pernah dicopnya 'ultra' (elok rujuk semula petikan
     tulisan Almarhum - Mei 13, Sebelum dan Selepas) telah berusaha menubuhkan UMNO Malaysia,
     namun tidak berjaya.

     Maka berduyun-duyunlah penyokong setia simahathir kutty mengisi borang keahlian UMNO (BaruaA).
     Puak Team B disebabkan rasa teramat benci kepada mahathir kutty, tidak menyertai UMNO BaruA, dan
     secara automatik terputuslah segala hubungan mereka dengan UMNO Asal. Dan inilah yang
     dihasratkan oleh mahathir kutty. Beliau tak perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab atau
     mengeluarkan surat penyingkiran hatta tak perlu mengadakan mesyuarat MT untuk
     menyingkirkan penentangnya.  Segala-galanya telah disempurnakan oleh si harun hashim!

     Sebagai pewaris harta, antara UMNO (BaruA) dan Parti Melayu Semangat 46 (S46), pihak pemegang
     amanah raya lebih memilih UMNO (BaruA) daripada S46. Alasannya, kerana perlembagaan UMNO
     (BaruA) dan lambangnya tidak banyak berbeza daripada arwah UMNO Asal kecuali keris bogel tinggal
     sebilah - melambangkan preSHITdennya yang telah dibogelkan.

     Maka, segala yang ada sekarang ini, bukanlah UMNO Asal, tetapi adalah UMNO BaruA milik mahathir
     kutty. Pelbagai pindaan terhadap perlembagaan telah dibuat untuk melindungi kepentingan mahathir
     kutty hinggalah jawatan preSHITden UMNO (BaruA) tidak boleh ditandingi!  Ada masanya pula,
     pertandingan untuk semua jawatan TAK PERLU diadakan terus. Yang lain-lain, kita faham-faham
     sendirilah!

     Jadi, jika mahathir a/l iskander kutty mengatakan bahawa UMNO (BaruA) telah berusaha
     bermati-matian mendapatkan kemerdekaan negara, adalah KARUT! UMNO (BaruA) sebenarnya telah
     merampas dan meruntuhkan kemerdekaan daripada rakyat bermula 13 Februari 1988 hingga kini!
     Kalau nak tipu ku li, rais anak yatim dan brahem katak, atau profesor kangkung mahazir, bolehlah.
     Jadi tak usahlah dok melalak pagi petang, siang malam mengatakan UNMO inilah (UMNO BaruA) yang
     telah bersusah-payah untuk memerdekakan negara. Lagi teruk, mahathir kutty pernah mengaku
     berjuang bersama-sama menuntut kemerdekaan! haji mahathir kutty buat Lawak antarabangsa.

     Jadi, itulah serba sedikit 'fitnah'1 yang kami tahu. Kami ni cekgu aje, bukan ahli politik. Harap telah
     menjawab pertanyaan Sdra Din. Wassalam.

     Reformasi Pendidikan Negara

     Nota kaki:
     1. Mengikut Kamus UMNO (BaruA) edisi 1999 'fitnah' membawa maksud: benar atau betul / dapat
     dipercayai / mengandungi fakta yang lengkap. Peringatan: "Saya percaya" pula membawa maksud
     "saya sebenarnya terpaksa berbohong" seperti mana yang kerap digunakan oleh Abdul Murad.