Pembohongan
Mahathir Terbongkar
Selama
ini, apabila Dr Mahathir Mohamad mahu mempertahankan projek-projek mega
yang dibangunkan di negeri ini oleh sektor swasta ataupun awam, Perdana
Menteri dengan cepat mendabik dada serta berkata bahawa projek-projek mega
itu dibina dengan wang kita sendiri. Malaysia tidak meminjam dari luar,
kata Mahathir.Malaysia membina
projek seperti itu tanpa berhutang kepada pihak luar. Malaysia mampu dan
ada keupayaan. Demikianlah hujah Mahathir selama ini untuk menepis kritikan
rakyat bahawa projek-projek mega kesayangannya sebagai boros, mewah dan
membazir.
Pendedahan
di Parlimen
Tetapi
pembohongan Mahathir itu terbongkar semalam, 19 Oktober di Dewan Rakyat
(Parlimen) apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wong See Wah membentangkan
di Parlimen akan kedudukan hutang luar negara Malaysia.Sehingga
akhir Jun tahun 1999, hutang luar Malaysia berjumlah RM160.9 bilion atau
57 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Hutang luar sebanyak
itu merupakan jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia.
Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Angka di atas juga menunjukkan jumlah
hutang negara kita melebihi separuh daripada pendapatan negara. Malaysia
meletakkan dirinya dalam senarai negara banyak berhutang.
Pembangunan
Dengan Cara Berhutang?
Dari
jumlah RM160.9 bilion itu, sebanyak RM131.9 bilion (82%) adalah hutang
jangka sederhana dan panjang terdiri daripada RM17.4 bilion (11%) pinjaman
kerajaan Persekutuan. Berbagai pihak, baik kerajaan Persekutuan, perbadanan
awam bukan kerajaan dan sektor swasta turut meminjam dari luar negara.
Misalnya RM53.5 bilion (33%) bagi pinjaman Perbadanan Awam Bukan Kerajaan
(PABK) dan RM61 bilion (38%) pinjaman sektor swasta.
Dasar
Penswastaan Mahathir Punca Hutang Bertambah
Dasar
penswastaan yang digalakkan oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah Dr
Mahathir Mohamad telah menyebabkan banyak projek-projek mewah dan mega
dibangunkan di Malaysia. Apabila projek itu mega, maka untungnya pun
mega untuk kroni, tapi bukan untuk negara, yang terpaksa menanggungnya.
Apabila kroni-kroni mendapat untung mega, maka komisyen rasuah kepada
pemimpin besar BN juga mega. Di Malaysia di bawah Mahathir, nilai rasuah
juga mega-mega.
Sokongan
Perdana Menteri Kepada Kroni
Sektor
swasta yang mendapat projek-projek penswastaan itu kemudian mendapat sumber
modal bagi membangunkan projek itu dengan cara meminjam dari luar negara.
Kroni-kroni Mahathir dan Daim mudah sahaja diberi kebenaran oleh Bank Negara
untuk mendapatkan kebenaran pinjaman asing itu. Kerana pengaruh Mahathir
dan Daim.
Jika
sektor swasta hendak membuat pinjaman luar negara melebihi RM5 juta, maka
kelulusan Bank Negara diperlukan. Tetapi kelulusan itu mudah sahaja diperolehi
kerana projek-projek penswastaan yang dikendalikan oleh kroni-kroni itu
mendapat sokongan dan dokongan Perdana Menteri sendiri.
Hutang
Luar Jangka Pendek
Hutang
luar Malaysia bagi jangka pendek pula ialah berjumlah RM29 bilion. Hutang
jangka pendek bermaksud mesti dibayar dalam tempoh yang cepat. Kerana
banyak berhutang, maka setiap tahun, 6.6% dari pendapatan negara terpaksa
digunakan untuk membayar kembali hutang luar negara itu. Jika Malaysia
tidak banyak berhutang di luar, maka lebih banyak wang dapat digunakan
untuk membina rumah rakyat, kelengkapan hospital, melatih lebih ramai tenaga
pakar dalam bidang perubatan, meningkatkan tahap mutu pendidikan dan sekolah,
memperbaiki mutu bekalan air bersih kepada rakyat dan sebagainya.
Projek
Mewah Punca Berhutang
Jika
projek-projek yang mewah dan membazir tidak dibangunkan, maka satu kesan
positif ialah Malaysia tidak perlu berhutang di luar negara. Hutang luar
sekarang sebanyak RM160.9 bilion adalah jumlah yang melebihi wang rezab
negara. Mahathir berdusta jika berkata semua projek yang dibangunkan
kononnya untuk 100 atau 200 tahun itu dengan wang Malaysia sendiri, tanpa
berhutang dan meminjam. Jika tidak berhutang dan meminjam kenapa sampai
demikian banyak hutang luar Malaysia?
Warisan
Tinggalan Mahathir
Jika
Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, dia telah meninggalkan satu
warisan yang membebankan rakyat Malaysia sekarang dan generasi masa depan.
Mahathir akan meninggalkan hutang negara yang banyak. Mahathir meletakkan
Malaysia ke kedudukan yang bahaya. Jika hutang tidak dapat dibayar, Malaysia
boleh jadi bangkerap atau muflis. Malaysia akan menjadi sebuah negara pariah
di dunia antarabangsa sebagai sebuah negara banyak berhutang.
Dana
Rakyat Diboroskan
Bukan
hutang yang banyak sahaja yang dibebankan Mahathir ke atas ekonomi Malaysia
angkara sikap angkuh dan sombongnya membangunkan negara secara tempang
dan songsang dengan projek-projek mega yang mewah dan membazir itu. Ada
satu lagi kesan negatif lain. Hutang negara sebanyak RM160.9 bilion itu
masih tidak cukup untuk menampung membangun projek-projek mega seperti
KLIA, KLCC dengan Menara Kembara Petronas, Cyberjaya, Putrajaya, MSC, Litar
Formula Satu dan banyak lagi. Sumbr dari dana dalam negara juga diguna
pakai. Dana rakyat juga digunakan. Wang KWSP, wang Tabung Haji, wang Tabung
Angkatan Tentera dan wang Khazanah Holding serta wang Petronas semuanya
digunakan untuk menjayakan projek-projek mega yang mewah itu.
18
Tahun Di Bawah Mahathir Yang Boros
Semua
projek mewah dan boros yang disebutkan di atas tadi telah dibangunkan dalam
tempoh 18 tahun Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri. Tunku Abd Rahman,
Bapa Kemerdekaan. Tun Abdil Razak, Bapa Pembangunan. Tun Hussein Onn, Bapa
Perpaduan. Mahathir Mohamad layak digelar Bapa Pembaziran.
Projek
Mewah: Siapa Yang Untung?
Siapa
yang untung dengan projek-projek mewah dan boros itu. Mahathir untung sebab
dia dapat mahligai baru di Putrajaya. Anak-anak Mahathir untung. Merekamendapat
kontrak-kontrak di Putrajaya dan KLIA. Kroni-kroni Daim dan Mahathir
seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan, Tajuddin Ramli, Azmi Wan Hamzah,
HalimSaad, Arumugam, Francis Yeoh,
Ting Pik Khiing dan lain-lain lagi, sekadar menyebut beberapa nama.
Mereka ini yang mendapat untung dari projek-projek mewah, mega, boros dan
membazir itu. Mereka yang menjadi mahajutawan atau bilionwan. Yang ruginya
ialah rakyat, baik generasi sekarang apatah lagi generasi akan datang.
Semua rakyat secara langsung atau tidak langsung akan menanggung beban
dari hutang luar Malaysia yang banyak, dana dalam negara yang merosot danwang
Petronas yang semakin susut kerana digunakan sewenang-wenang untuk membangunkan
pelbagai projek mega.
Malaysia
Hutang Keliling Pinggang
Untuk
membina Menara Kembara Petronas, RM2 bilion dibelanjakan. Untuk membangunkan
KLCC, kroni yang mendapat projek itu terpaksa berhutang di luar negeri.
Pendek kata, Malaysia di bawah Mahathir telah berhutang keliling pinggang.
Hutang-hutang ini tak masuk lagi dengan bon berbilion ringgit yang dijual
di Jepun, Eropah dan Amerika. Jadi Mahathir tidak bercakap jujur sebenarnya.
Dia membohongi rakyat dengan mendakwa Malaysia ada wang untuk membangunkan
semua projek-projek mewah dan membazir yang banyak terdapat terutamanya
di Kuala Lumpur, Putrajaya, Sepang dan Cyberjaya.
Tamat
Untuk
menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong ke:
kini-malaysia-subscribe@egroups.com
the-malaysian-subscribe@egroups.com
Untuk
keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag kosong ke:
kini-malaysia-unsubscribe@egroups.com
the-malaysian-unsubscribe@egroups.com
Sila
lawat laman kami di:
http://kini.webjump.com/
http://berita.webjump.com/
Para
penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada
mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya
dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.Terima
kasih atas kerjasama anda.Pink
Panther