Sedikit Iktibar...

Kepada rakyat Malaysia, khususnya juak juak UMNO supaya mengambil ikhtibar...., satu petunjuk dari Allah,
berlaku di Masjid Makmuriah Pekan Sg. Besar, Sabak Bernam.

Seekor babi telah masuk kedalam masjid dan lepas itu ke pejabat agama, sebelum ditembak mati. Kejadian ini mungkin amaran Allah dan petunjuk kepada pemimpin UMNO dan kerajaan Selangor ekoran pemecatan imam dan bilal masjid tersebut atas kepentingan parti. Seorang imam yang menjalankan amanah agama telah dianiaya begitu rupa semata mata kerana mereka menyatakan perkara yang benar mengikut ajaran agama Allah. Dimanakah kewarasan dan pegangan ajaran agama kamu wahai pemimpin Islam UMNO Selangor, sehingga tergamak berlaku begitu. Babi pun tahu masjid adalah rumah Allah yang suci untuk berlindung, tetapi kamu pemimpin UMNo yang mengaku Islam dan bertuhankan Allah, melakukan sewenang wenangnya kepada hamba Allah yang menjalankan perintahNya.

Ramai juga imam dan ustaz telah ditahan dan disoalsiasat oleh polis atas dakwaan menghasut semata mata kerana menyatakan kebenaran dalam khutbah jumaat tanpa merujuk teks yang disediakan oleh  Khadam UMNO,JAIS.

Ingatan kepada pegawai pegawai JAIS yang masih menjadi khadam UMNO...ingatlah rezeki kamu diberi oleh Allah bukan oleh UMNO....sedarlah dan insaf tanggungjawab kamu kepada agama Allah.

Malasia Boleh!.....Barisan Alternatif pasti boleh!....

api dalam sekam.