Media Statement
MISNA (malaysian islamic society of north america) KHAS-TERENGGANU

November 1, 99

Kami ingin menyeru kepada ayah-ibu, Saudara-mara, sahabat handai, Hakim hakim, Peguam peguam Guru-guru kami dan para alim ulamak agar melakukan perubahan yang besar di Terengganu pada pilihanraya kali ini. Perubahan yang kami maksudkan ialah menukarkan kerajaan BN Terengganu yang dipimpin oleh MB Datuk Seri Wan Moktar Ahmad kepada kerajaan Barisan Alternatif.

Kami percaya rakyat Terengganu amat arif tentang negeri Kelantan jiran terdekat. Dan bagaimana stail kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan cara hidupnya. Rakyat Terengganu tidak ada bezanya dengan Negeri Kelantan ada yang mempunyai saudara mara dan sahabat handai disana tentu dapat membezakan diantara kedua buah negeri ini.

Pastikan pada kali ini Terengganu dipimpin oleh seorang ulamak dan pemimpin yang benar benar ikhlas, jujur sanggup menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyelewengan. Segala bentuk ketidakadilan atau pembaziran perlu dielakan ataupun ada usaha usaha untuk menghapuskanya.

Rakyat Terengganu harus ingat, negeri ini pernah dipimpin oleh ulamak yang berkaliber penentang British iaitu Haji Abd. Rahman Limbong (akhir nya beliau dibuang di Mekah), Tokku Pulau Manis dan Tokku Paloh. Tokku Pulau Manis pernah dikisahkan berdebat dengan Huge Clifford, Residen negara pantai timur pada waktu itu. Mereka mereka ini tidak rela tanah Terengganu dirampas dan islam dialpakan.  Mereka mereka ini adalah penentang British dan mengajak rakyat kepada islam.

Rakyat Terengganu tidak lupa undang undang islam pernah dilaksanakan di Terengganu di zaman Sultan Zainal Abidin dahulu. Kisah Batu bersurat muncul di Terengganu juga menandakan kehadiran terawal islam di Asia Tenggara.  Dan rakyat Terengganu sedar apa isi kandungan batu bersurat itu. Antaranya menjelaskan hukum-hakam didalam alQuraan. Malangnya Batu ini dimuziumkan buat tontonan rakyat dan pelancung asing bukan untuk di ambil pengiktibaran ke arah melaksanakan islam

Sepatutnya  islam perlu didaulatkan di Terengganu yang seharus melebihi dari negeri negeri lain di Malaysia.
 

Negeri Terengganu seharusnya bertukar pimpinanya kepada kerajaan baru oleh kerana beberapa  faktor tertentu antaranya:

- Negeri ini mempunyai hasil bumi yang banyak (minyak) dan perlu dimanfaat kan kepada rakyat dengan sewajarnya.

- Kekayaan negeri yang masih dibahagikan tidak sama rata.

- Ketiadaan pemimpin baru didalam kerajaan Barisan Nasional hari ini.

- Berjiran dengan Kelantan-negeri yang dimenangi oleh parti islam semalaysia (PAS). Rakyat Terengganu memerlukan ulama yang lebih berkaliber dan memandang jauh masa depan rakyat yang mengseimbangkan pembangunan fizikal dan spritual. Terengganu memerlukan kepimpinan ulama yang mempunyai karisma dan keilmuan islam yang tinggi disamping bersedia untuk melaksanakannya demi memenuhi tuntutan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan rasulnya.
 
- Gejala rasuah masih berleluasa di Terengganu yang bermula dari pejabat MB kepada kes pewaja yang menjadi permasaalahan nasional.

- Peratusan hasil minyak (5%) yang masih kecil yang diperuntukan kepada kerajaan negeri. ? Ketiadaan menteri penuh di peringkat pusat menjelaskan lagi bahawa Terengganu tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa.

- MB besar Terengganu yang memimpin kerajaan BN terlalu lama melebihi dari 20 tahun.  Didalam usia nya yang telah lanjut, kami berpendapat bahawa beliau harus bersara dari arena politik Terengganu.  Sikap tidak bertolak ansur antara pihak kerajaan BN Terengganu dengan aktiviti pembangkang PAS jelas menodai proses demokrasi negara Malaysia. Seperti menghalang solat jemaah di masjid yang telah lama digunakan untuk solat jumaat dengan alasan permit atau tidak mendapat keizinan Pejabat Ugama Islam.

Kerajaan Terengganu pimpinan Barisan Nasional hanya lebih menjadi pengikut setia kepada Umno bercakap senada dan tidak ada isu isu baru diperkatakan kepada rakyat disetiap kempen pilihanaraya.  (Isu pembangunan dan kepimpinan PM) tetapi malangnya Terengganu yang mempunyai ulamak veteran tidak mampu melakukan apa apa apabila Perdana Menteri dikatakan menghina nabi, sahabat dan hukum.

Kali ini rakyat harus benar benar memerhati, menilai,memahami, bertanya dan berdebat dengan para pemimpin BN dan nilaikan samada benar atau salah. Rakyat Terengganu harus menjadi Jerat yang tidak pernah melupakan Kancil tetap Kancil lah yang selalu lupakan jerat. Bincangkan isu isu terkini dan nilaikan mentali kepimpinan BN.

Rakyat harus memikirkan kejayaan hidup diakhirat dan keredhaan Allah bukan hanya kejayaan hidup di dunia yang fana ini. Rakya seharusnya merasakan dan mempunyai tanggung jawab penuh dalam memilih pemimpin kerana ini adalah amanah dan akan dipersoalkan dihadapan Allah diakhirat nanti.

Sudah semestinya rakyat Terengganu pada kali ini mahukan perubahan yang menyeluruh baik dari segi pemimpin dan wawasan demi untuk masa depan rakyat sekarang dan generasi yang akan datang. .

Oleh itu kami menyeru seluruh rakyat Terengganu bangkit menyusun dan mengembelingkan tenaga untuk menumbangkan kerajaan BN didalam pilihanraya ke-10 kali ini.

Sekian
DC