POLISI MAHATHIR MEMBAWA EKONOMI MALAYSIA MENUJU MASAALAH - ASIAMONEY

Berikut adalah kesimpulan di dalam artikel oleh majalah Asiamoney keluaran September.

1. Ekonomi Malaysia melalui antara lain 2 polisi penting yang dilaksanakan oleh DSAI dan Mahathir.

2. DSAI telah menjalankan polisi selari dengan polisi ketat IMF dan ini membantu mengekang kadar inflasi pada 2.9% (Mei 1999).  DSAI juga telah membantu 'recapitalize' sektor perbankan melalui Danaharta dan Danamodal - salah satu 'recapitalization' yang paling berkesan di Asia

3. Mahathir menetapkan kadar ringgit pada RM3.80 yang telah menyebabkan ringgit berada di bawah paras pasaran pada waktu ini. Akibatnya, akaun semasa mengalami peningkatan dan operasi pengeluaran melalui pemulihan.

4. Kerajaan Malaysia pada waktu ini meletakkan polisi yang bakal membawa kepada peningkatan kadar inflasi mendadak dalam tempoh 2 - 3 tahun akan datang.

5. Kerajaan Malaysia tidak berbuat sesuatu untuk meningkatkan ketelusan sektor korporat. Buktinya, akhbar masih di bawah kawalan ketat kerajaan dan syarikat korporat gergasi di bawah kawalan politik.
 

6. Kerajaan Malaysia membentuk ekonomi dengan meniru Singapura iaitu menyediakan infrastruktur untuk pelabur luar negara. Ekonomi Malaysia sekarang ini di 'jalankan' oleh orang asing.

7. Kerajaan Malaysia membelanjakan wang negara secara tidak efisien dengan produktiviti yang rendah menjadikan Malaysia kurang kompetitif berbanding sebagaimana sepatutnya.

8. Peningkatan KLSE secara umumnya ditingkatkan oleh spekulasi dan bukannya fundamental.

9. Spekulasi dalam pasaran Malaysia bukan hanya disebabkan oleh spekulator asing tetapi juga pelabur institusi seperti PNB, EPF, LTAT dan Khazanah. Adalah jelas bahawa institusi-institusi ini kadangkala mengambil keputusan pelaburan yang meliputi kepentingan politik (Mark Bullough - Persaka Jardine Flemming). Komen beliau ini telah di 'padam' daripada New Straits Times

10. Sebab utama pelabur asing tidak membawa keluar wang mereka setelah tempoh satu tahun berakhir pada 1September lepas adalah kerana mereka sedar bahawa pasaran Malaysia akan berada pada tahap tinggi pada tahun-tahun pilihanraya oleh sebab-sebab manipulasi di atas.

11. Kerajaan Malaysia telah juga menjalankan polisi-polisi berikut untuk menarik pelabur asing :

a. Membiarkan kadar ringgit di bawah nilai pasaran sehingga menyebabkan pelaburan di Malaysia 'murah' bagi pelabur asing

b. Menghapuskan syarat pegangan ekuiti Bumiputra 30% sebagaimana yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru untuk pelaburan di antara 31 Julai 1998 hingga 31 Disember 2000.

c. Menghapuskan syarat bahawa hasil keluaran itu, sebahagian besarnya mesti dieksport ke luar negara

d. Menjamin bahawa, sungguhpun tarikh 31 Disember 2000 itu berakhir, pelaburan yang dibuat sekarang akan tetap di benarkan untuk 100% pegangan asing dan tidak diwajibkan mengeksport sebahagian besar keluaran.

e. Orang asing kini boleh membeli ekuiti di dalam syarikat-syarikat tempatan
 

Kesimpulan daripada fakta-fakta di atas bolehlah kita simpulkan bahawa polisi kerajaan sekarang lebih bertujuan untuk menunjukkan bahawa ekonomi berada di ambang pemulihan (untuk tujuan pilihanraya) sedangkan pada hakikatnya ia lebih kepada manipulasi pasaran saham mahupun dasar-dasar yang 'menjual' Malaysia kepada orang asing dan merosakkan ekonomi Malaysia pada waktu akan datang.