Utusan Malaysia : Ramai Lagi Mahu Dedah ?
( GOSSIP dan SYYYYHHHH UMNO(baru))

Tajuk akhbar UM itu sudah cukup untuk dijadikan syarat bahawa UMNO(baru) sudah tidak relevan lagi untuk alaf 2000 dan mesti ditolak oleh rakyat di Malaysia. Apabila ramai lagi mahu dedahkan apa yang dikatakan sebagai penyelewengan Anwar Ibrahim. Khalil Yaakub dan Abdul Ghani dikatakan akan membuat pendedahan. Dalam keadaan sekarang apakah betul yang dikatakan pendedahan itu sebagai  pendedahan atau gossip jahat semata-mata?. Status dan taraf pendedahan itu boleh dipertikaikan selagi ianya nampak mempunyai kaitan dengan kepentingan Mahathir.

Hakikat ini amat penting kerana Mahathirlah yang mengucarlanakan keadaan. Semuanya bermula dari dia. Masakan boleh dijadikan alasan kepentingan peribadi sebagai menjaga kepentingan negara?. Hal ini jelas, lapuran polis yang sudah banyak dibuat oleh beberapa orang yang ada kaitan politik dengan Anwar tidak diendahkan tetapi pendedahan-bukan lapuran polis yang dilebihkan oleh UMNO(baru)/BN. Lapuran Polis ada kredibiliti tetapi pendedahan adalah seumpama gossip di UM dan URTV atau lebih tepat ialah fitnah. Bahkan pendedahan yang bakal dibuat itu tidak keterlaluan kalau dikatakan umpama dalil-dalil Khalid Jefri yang pernah dikata oleh Mahathir sebagai ‘rubbish’ satu masa lalu.

Inilah yang susahnya, apabila keadaan begini baru nak dedah, selama ini apa yang dikatakan penyelewengan itu di diamkan saja?. Kenapa baru sekarang nak didedahkan?. Adakah semua yang lelaki di dalam UMNO(baru) itu selama ini tak ada telok?. Dulu bukan main lagi berikrar betapa akan berdiri teguh di belakang Anwar dan Mahathir!. Inikah erti perjuangan di dalam UMNO(baru)?. UMNO(baru) tidak fikir secara mendalam kenapa Tengku Abdul Rahman buang Mahathir dari UMNO dulu. UMNO(baru) sebenarnya membiarkan diri mereka rosak akibat kesilapan mereka sendiri.

Perangai mendiamkan diri apabila mengetahui ada penyelewengan seperti yang diamalkan oleh UMNO(baru) adalah satu fenomena yang mesti dihapuskan di dalam sistem bernegara di Malaysia. Kalau seperti itulah sikap pemimpin yang dipilih oleh rakyat, maka malang benar rakyat yang memilih pemimpin seperti itu. Kalau betul apa yang dikatakan itu satu penyelewengan, tempatnya ialah di Mahkamah tanpa dibiarkan. Apa nak ditakutkan, jika UMNO(baru) berada dipihak yang benar, kenapa semua itu tidak didedahkan sejak dulu lagi?. Akibat dari berperangai menutup kemungkaran itulah maka kebenaran tidak dapat ditegakkan oleh UMNO(baru).

Contoh yang kuat ialah kes penyelewengan yang telah disiasat Polis dan BPR, tetapi telah didiamkan oleh Anwar Ibrahim sendiri ketika masih lagi UMNO(baru). Fail yang sangat ditakuti oleh sekalian UMNO(baru) yang jahat ialah fail-fail rekod kejahatan yang ada pada Anwar Ibrahim dan tidak ada pada orang lain. Inilah juga menunjukan ada kepincangan yang amat sangat di dalam menjaga disiplin UMNO(baru). Anwar Ibrahim ketika itu adalah telah dipilih sebagai Pengerusi menjaga disiplin UMNO(baru), tetapi ada orang lain yang menyiasatnya sehinggalah sekarang baru nak didedahkan?. Kalau orang yang dipilih oleh UMNO(baru) sebagai penjaga disiplin pun banyak yang didedahkan sekarang, maka adakah orang lain yang tidak dipilih mempunyai disiplin yang lebih baik yang telah dipilih itu?. Kenapa UMNO(baru) tidak melantik Rahim Tamby Chik sebagai pengerusi lembaga disiplin UMNO(baru) kerana dia telah disahkan bersih dari hujung rambut ke hujung kuku kaki oleh Mohtar Abdullah?. Kenapa UMNO(baru) tidak melantik dia?. Walaupun UMNO(baru) tidak melantik Rahim Tamby Chik ke situ, tetapi adakah UMNO(baru) percaya Rahim Tamby Chik bagai dikata?. Kenapa UMNO(baru) tidak mendedahkan apa salah laku Rahim Tamby Chik?. Walaupun secara nampak, Rahim sorang tetapi hakikatnya ianya ada sabit dengan krediliti Mahathir lalu ia di diamkan.

Serupa juga dengan kununnya apa yang nak didedahkan itu. Ia juga melibatkan krediliti Mahathir. UMNO(baru) jangan ingat dengan pendedahan begitu rakyat akan lihat Mahathir benar. Walauapa pun yang dibuat oleh Mahathir sekarang, ianya sama saja. Semuanya akan menjejaskan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri, sebagai Presiden UMNO dan sebagai manusia yang bergelar haji. Hatta kalau semua pendedahan itu benar pun rakyat tidak percaya kerana ianya bersabit dengan kredibiliti Mahathir serta cara Kerajaan Malaysia di bawah kekuasaan Mahathir yang mengendalikannya. Inilah bahayanya apabila dia tidak dipercayai majoriti orang yang tidak ada kaitan dengan kepentingan peribadi di dalam UMNO(baru). Tanpa ada pengaruh mana-mana pihak, pendedahakn yang nak dibuat oleh sesiapa jua yang menjurus kepada menjaga kepentingan Mahathir, rakyat tidak percaya. Jadi?. Apakah yang rakyat kebanyakkan nak?.

Yang rakyat nak ialah Mahathir dan semuanya mengaku apa yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim ialah bohong belaka dan kemudiannya undur diri dari UMNO(baru) dan minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia di atas pembohongan yang telah dibuat. Ke mana dia nak pergi selepas itu tidak penting, yang mustahak kepercayaan rakyat dapat dipulihkan.

Sekian

muramozi