BADAN PENCEGAH RASUAH - DOUBLE STANDARD

Badan Pencegah Rasuah yang sepatutnya bertindak untuk kepentingan negara dan rakyat rupa-rupanya juga diguna oleh Mahafiraun sebagai ejen peribadi beliau samada untuk mengugut musuhnya atau membuat pendakwaan atas arahannya.Tidak syak lagi BPR juga dikawal oleh Mahafiraun untuk kepentingan peribadi  beliau.

Kita bersetuju dengan YB Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa BPR  mengamalkan `Double Standard' dalam pendakwaan pilihan mereka atas arahan Mahafiraun atau tangan ajaib. Berdasarkan kepada pengalaman yang saya lalui, apabila dituduh menerima rasuah atas sebab sepucuk surat layang sewaktu berkhidmat dengan kerajaan kebiasaannya (BPR tidak pernah telus dalam siasatan mereka, pegawai-pegawai mereka cakap tak pernah betul, kaki putar belit, sekejap itu sekejap ini) yang kena tahan untuk siasatan selalu digambarkan oleh mereka (BPR) yang menyiasat sebagai bersalah, kalau tak salah tak kena tahan, walaupun masih mencari bukti yang sahih.

Ingin saya nyatakan bahawa undang-undang rasuah ini hanyalah digunakan keatas rakyat biasa (ikan bilis) sahaja, tidak kepada mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan (ikan jerung). Saya juga seorang pegawai kerajaan Kelas A, apabila saya ditahan reman untuk siasatan, saya telah ditempatkan di dalam lokap polis yang menenmpatkan penjenayah awam, tetapi yang saya hairan pegawai-pegawai kanan kerajaan/ahli-ahli politik yang bergelar Pak Menteri tidak pula dimasukkan kedalam lokap. Saya juga telah digari sewaktu dibawa kemahkamah untuk tahanan reman, macamlah saya ini penjenayah, nak bunuh orang.

Kalau ikan jerung tak kena gari pun. Masa dibawa kemahkamah diiringi pula oleh sanak saudara, tetapi sewaktu saya ditahan tidak dibenarkan  berhubung dengan sesiapa pun walaupun peguam. Pelik. Agaknya BPR ini ingat  ikan bilis tak tahu undang-undang kut, hanya ikan jerung sahaja yang tahu fasal undang-undang. Banyak penganiayaan yang telah dilakukan oleh BPR keatas rakyat biasa yang dikatakan bersalah menerima rasuah walaupun pada  akhirnya ada yang tidak bersalah. Saya tidak akan membenarkan anakcucu saya  bekerja dengan BPR kerana memang ada unsur penganiayaan yang dilakukan walaupun tidak secara fisikal.

Kepada pegawai-pegawai BPR walau macamana sekalipun kebijaksanaan mereka  menjalani penyiasatan, mereka tetap akan menggunakan tekanan dan  penganiayaan ketas yang dituduh melalui undang-undang sekular yang mereka  amalkan. Saya menyeru kepada mereka supaya keluarlah beramai-ramai dari menjalankan tugas ini, kerana tanggungjawab anda untuk menjawab diakhirat  kelak cukup berat dan perit. Saya tidak akan memaafkan saudara-saudara  diatas apa yang telah saudara-saudara lakukan ketas diri saya dan keluarga.  Apa tanggungjawab saudara setelah saya didapati tidak bersalah.

Saudara-saudara tanggunglah diakhirat kelak balasan dari Allah  swt.Insyaallah.