Parlimen Petaling Jaya Selatan Pasti Milik Alternatif - Satu Analisis Semasa
 
Salam   reformasi   buat  semua  reformis  tanahair  dari  segenap  lapisan perjuangan  kepimpinan  dan  pengikut.  Saya  rasa terpanggil untuk menulis rencana  ini  berdasarkan  pemerhatian  saya  sendiri  memandangkan suasana politik  tanah  air yang berkocak hebat. Namun saya fokuskan penulisan saya hanya untuk Parlimen PJS dimana saya telahpun menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan  pilihanraya.  Untuk  pengetahuan  semua,  saya  adalah seorang kolumnis  bebas  dan  pernah  beberapa  kali  tulisan saya dikeluarkan oleh pelbagai  media.  Buat  masa ini saya telahpun dipecat oleh syarikat kerana terlibat dalam Gerakan Reformasi.

Saya  telah sekian lama memerhatikan pelbagai gelagat politik dari kalangan UMNO  dan  BA  di  PJS. Untuk sampai kepada kesimpulan sebagaimana tajuk di atas, terpaksalah saya ceritakan beberapa kisah benar mengikut urutan fakta untuk memperkukuhkan hujjah kepada tajuk yang saya pilih.

UMNO Sudah Goyang :

Kedudukan  UMNO  di PJS amat tidak selamat. Ini didasarkan kepada kedudukan alternatif  yang  semakin hari semakin disayangi rakyat. KeADILan umpamanya menerima  penambahan  ahli tiap2 minggu dan kebanyakannya adalah bekas ahli UMNO.  Begitu  juga  dengan PAS yang juga menerima situasi yang sama. Namun catitan  yang  nyata ialah ramai yang ingin menyertai keADILan. Pada Isnin, 1/11/99  saya  telah  berkunjung  ke salah sebuah Markas PAS di TMN. Medan. Saya  agak  terkejut  dengan  reaksi masyarakat. Ramai ahli PAS disitu yang menyertai  Parti  tersebut  setelah DSAI diaibkan. Mereka menyatakan mereka rela masuk keADILan jika parti tersebut ujud lebih awal malah ada yang mahu memasuki  KeADILan. Sebagai insan yang faham sedikit tentang arus dan dasar perjuangan, saya terpaksa menasihati mereka supaya jangan berbuat demikian. Saya  minta  mereka  duduk di dalam saf PAS. Tak perlu lompat  parti kerana dasar  perjuangan  sama.  Penutup  kata saya maklumkan kepada mereka bahawa biarlah  DSAI  yang  menentukannya  kemudian  samada  kita pakai satu parti sahaja  atau  bagamana.  InsyaALLah selepas piliharaya nanti. Alhamdulillah mereka  mahu menerima pandangan saya. Setakat la ni, kita terus duduk dalam saf  BA  dan  janakan  jiwa  dan raga termasuk wang ringgit demi menegakkan keADILan.  Mereka  bersetuju.  Yang paling menarik mereka ini semuanya ahli UMNO yang masih belum dipecat. Menurut maklumat risikan BA, sokongan kepada Alternatif  sekarang  ini  amat memberangsangkan dimana 75% menyokong untuk diadakan perubahan di PJS.

BA Sudah Bersatu :

Kedudukan  UMNO  & BN semakin goyah apabila alternatif PJS bergabung dengan terbentuknya satu JK Induk Bersama Jentera P/R untuk memperkemaskan program menawan  hati rakyat. JK Induk ini dipecahkan kepada dua iaitu JK peringkat DUN  Tmn.  Medan yang diketuai PAS & JK DUN Bukit Gasing yang diketuai oleh DAP.  Sudah  empat  perjumpaan  diadakan  khusus  untuk menumpukan strategi setempat  menuju  kemenangan.  Anehnya, walaupun KeADILan tidak bertanding, saya  memerhatikan  sokongan  KeADILan  semakin  kukuh terhadap bakal calun Parlimen  PJS  iaitu  Dr.  Syed  Husin  Ali.  Kesemua aktiviti awal seperti lawatan Bakal Calun ke Kawasan2nya di kepalai oleh PRM & KeADILan. Sokongan dari  PAS  &  DAP  walaupun  ada,  masih  kurang.  Mungkin  maklumat  tidak disalurkan  dengan  baik.  Ekoran  itu, JK Induk menetapkan akan memastikan agar  semua  aktiviti  BA  dimaklumkan  kepada  Urusetia Parlimen PJS untuk memudahkan  kelicinan  pelaksanaan  program2  seterusnya. Saya tidak hairan tentang  kehebatan  sokongan dari keADILan setelah SU KeADILan Bahagian PJS memaklumkan bahawa Ketua Bahagian iaitu Sdr. Ezam Mohd. Nor merangkap Ketua Pergerakan  Pemuda  KeADILan  Malaysia mengarahkan beliau memaklumkan semua sahabat2  di  PJS  agar  membantu  Dr.  Syed  Husin  Ali.  Arahan  tersebut disampaikan  oleh  Sdr.  Ezam selepas sesi makan durian Pasir Salak setelah selesai  program  Sumpah  Keramat  Pemuda  peringkat  negeri Perak. Ternata kenyataan/  arahan  tersebut  telah  menggerakkan  sokongan  padu  keADILan terhadap  Dr. Syed Husin Ali. Teruskan perjuangan dan terus kemas dan susun barisan sehingga dapat kita tumbangkan UMNO dan kuncu2nya.

Dari  pengetahuan  saya,  BA  sedang rancak merancang strategi menawan hati rakyat.  Pelbagai  bentuk  program  dirancang  namun  terpaksa dirahsiakan dahulu.  Tunggu  dan lihat. Saya akan melaporkan semuanya atas dasar amanah yang  diberikan  kepada saya untuk menyiapkan laporan media khususnya untuk internet.  Saya  merasakan cukup setakat ini dahulu. Saya akan menulis lagi esok  mengenai program yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh BA di PJS disamping  beberapa  laporan  kelakuan nakal pemimpin UMNO setempat apabila menerima  maklumat  bahawa  sesuatu  program  alternatif  akan dilaksanakan ditempat mereka. Awas berita selepas ini akan lebih panas dan realistik.

"Tidak  minggu  ini  minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan LLLLawan tetap LLLawan"

"I will neverrrrr Surrenderrrrrr"

"We will neverrrrrrr Surrenderrr"

"Saya  disini terkorban, saya disini diaibkan, saya disini teraniaya, UNTUK APA?

Untuk menjaga anak2 Datuk2 Polis sekalian, Ingat baik-baik."

Takbirrrr          Reformasi.

Reformis PJ.