now i admire him
 
masa mula-mula Anwar masuk UMNO dulu, bila ye, 17 yrs back.  masa tu kita baru 15 tahun kot.  tak tahu apa-apa lagi.  bila dah berjinak-jinak dengan jemaah, mula terasa rugi betullah Anwar masuk UMNO.   Masa dekat-dekat pilihanraya Anwar buat statement kutuk-kutuk PAS.  Geramnya dalam hati. Sebab masa tu kita bertungkus-lumus bekerja untuk PAS, no weekend for me, tak sempat nak lepak depan TV tiap-tiap malam, tak sempat nak ikut member-member bersantai kat mana-mana, siang-malam yang kita ingat ialah macamana Islam nak menang?  tetiba senang-senang je Anwar buat statement mempersendakan usaha PAS.  Bila PAS kalah Anwar and the geng antara perkara yang saya senaraikan sebagai shit.  Tapi banyak sebab-sebab lain lagi penyebab PAS masih belum menang, tapi itulah... salah satu dari senarai saya ialah kenyataan-kenyataan Anwar.  Masa tu saya tak sangka kata-kata yang menghina PAS itu boleh keluar dari orang yang pernah berjuang dalam ABIM yang pernah digembar-gemburkan sebagai sayap kanan PAS.

Sekarang perkara dah jadi macam ni......  Bila tengok keadaan dia, bila baca tulisan Tunku Abd Rahman yang orang hantar dari Hizbi Net, saya mula heran dengan dia.  Betul jugaklah there must be somebody yang masuk dalam tong taik untuk tengok apa jenis shit yang ada kat sana.  And this man willing untuk membusukkan diri untuk lihat apa yang ada di sana.   Hasilnya dia kena tumbuk, dia kena racun, nyawanya terancam, maruahnya dipersendakan, dia dipenjarakan, dia dihalang dari mencurahkan kasih pada anak-anak.  Sebelum tu, sebelum dia diaibkan, dia dibenci oleh ahli-ahli PAS, dia dikutuk oleh ahli-ahli PAS.  Dia memekakkan telinga atas segala kutukan orang terhadapnya kerana menganggotai UMNO dan menentang PAS.  Why he do all this dan kenapa dia sanggup terima segala-galanya?  Dia boleh senang-senang letak jawatan dan bergembira dengan apa saja habuan yang orang nak bagi.  Jadi CEO company mana-mana.  Anak-anak boleh bermewah seperti dulu.  But he choose not to have all that.  Why?

Berapa ramai yang pernah buat kerja macam yang pernah saya buat.  Ramai, terlalu ramai.  Berapa ramai yang kita boleh tarik untuk mengundi PAS?  Tak seberapa ramai.  Berapa ramai yang dah masuk PAS sejak kes dia.  Ramai, terlalu ramai.  Nah! Kerja seorang boleh cover kerja beribu orang.  Wow!  I should thank him.  Ramai orang yang berterima kasih kepadanya.  Tapi kemenangan PAS bukanlah matlamat.  Kemenangan perjuangan ini adalah matlamat utama.  Perjuangan kita ialah untuk menegakkan sebuah negara ISlam. Perjuangan kita adalah untuk menjadikan Al-Quran sebagai perundangan. PAS adalah jalannya.  PAS adalah satu-satunya pertubuhan yang benar-benar ingin menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia ini.  PAS adalah satu-satunya pertubuhan yang memiliki ahli-ahli yang sanggup berkorban harta, tenaga, masa dan nyawa semata-mata ingin melihat Islam ditegakkan.  Maka PAS mesti menang untuk membolehkan semua undang-undang yang nonsense yang ada di Malaysia ini digantikan dengan undang-undang Islam.

Undang-undang yang nonsense: sesiapa yang ada dalam keretanya dadah seberat melebihi beberapa gram maka dia adalah pengedar dadah walaupun dia tak pernah tengok benda tu sebelum ini; maka dia wajib dihukum gantung sampai mati.  orang-orang dewasa yang melebihi umur 18 tahun dibolehkan bersukaria di disko walau apa agama yang mereka anuti sekalipun.  semua rakyat Malaysia layak membeli dan menyimpan arak di rumah mereka.  Seorang manusia apabila dia berumur melebihi 18 tahun dia layak memilih agama yang akan dianuti walaupun agama asalnya melarang dia berbuat demikian.  semua motosikal diwajibkan memasang lampu walaupun ditengahari yang panas terik.  semua motokar bolehlah memasng lampu semasa hujan lebat jika mereka mahu.  tak pasangpun tak apa walaupun ianya amat merbahaya(kalau hujan lebat tak nampak orang belakang kalau orang belakang tu tak pasang lampu).

berbalik kepada kisah dia.  orang yang dia lawan bukan calang-calang.  orang yang dia lawan ialah orang yang boleh membuatkan semua orang yang penakut dan mementingkan diri sendiri ketaq lutut.  orang yang dia lawan ialah orang yang pernah membuat surat layang terhadap Tunku Abd Rahman hingga menyebabkan Tunku letak jawatan.  Menurut Tunku, orang yang dia lawan pernah berkursus dengan CIA semasa dia dalam Pemuda.  Betul tak betul Wallahu A'lam.  Sekarang tengah dok cari buku tulisan Tunku tu, Sebelum dan Sesudah 13 Mei.  You are so brave man, so brave.

do you admire him?