SURAT TERBUKA (II) BUAT MAHATHIR


Pada 21 Oktober lepas saya telah menulis sepucuk surat terbuka untuk tatapan saudara. Sengaja saya menulis di ruangan atau web ini kerana saya tahu saudara merupakan “peminat setia” laman-laman reformasi kerana saudara perlu tahu apa yang diperkatakan rakyat dan musuh-musuh saudara yang memilih untuk melepaskan perasaan dan kebencian mereka terhadap saudara melalui web-web reformasi sebegini.  Sama seperti saudara yang suka menulis untuk mengkritik Tunku kira-kira 30 tahun lampau, saya juga berhak untuk menulis dan mengkritik saudara, malah tulisan saya mungkin lebih pedas dan keras dari tulisan saudara sendiri terhadap Tunku dahulu.

Saya sengaja menulis pedas dan keras kerana ianya bersesuaian dengan sifat dan perangai keras kepala saudara walaupun saudara sudah tua dan usang dan rambut memutih di atas kepala. Sifat keras kepala, degil dan ‘hati batu’  nampaknya sudah tertanam kukuh dalam diri saudara. Sungguh pun begitu, saudara juga terkenal pandai mengalirkan air mata buaya  bila menghadapi suasana terdesak dan mahu menyelamatkan diri saudara.

Saudara Mahathir,

Kalau orang lain, di usia 74 tahun sebegitu, tidak lagi sibuk dan gila untuk mempertahankan kuasa. Tambahan sebagai seorang Islam, di usia seperti saudara itu selayaknya menghabiskan sisa-sisa umur  sebelum menanti panggilan malaikat maut menjemput. Sepatutnya saudara banyak menghabiskan masa di atas tikar sembahyang dan masjid, banyak berzikir dan beristighfar membersihkan dosa-dosa saudara selama hampir 50 tahun menjadi pelacur  politik. Sepatutnya saudara banyak menghabiskan masa menginsafi dosa-dosa saudara selama lebih 30 tahun merosak dan melakukan onar  kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai tipu daya dan penipuan.  Ini tidak, nampaknya di usia tiga suku abad ini, saudara seolah-olah merasa masih muda dan bertenaga dan ghairah untuk berbuat apa yang diperbuat oleh orang yang lebih muda.

Walau pun usia sudah tiga suku abad, saudara nampaknya tidak pernah  kelihatan mahu insaf  dan bertaubat. Dosa, fitnah, pembohongan, maksiat, kejahatan, kedajalan, kebajingan dan segala sifat-sifat iblis nampaknya begitu sebati dengan diri saudara. Dalam sehari yang dilalui, kalau tidak berbohong, saudara rasa seolah-olah macam tak mandi, mungkin. Mungkin sifat-sifat keji yang saudara miliki dan hayati itu lantaran kerana daging tubuh badan saudara tumbuh daripada memakan makanan yang haram setiap hari. Ya…makanan yang haram hasil dari merompak harta rakyat, hasil rasuah, hasil menipu dan sebagainya, menyebabkan  hati saudara kering dan gersang daripada ruh keinsafan dan iman kepada Allah s.w.t.

Di atas dunia ini, demi untuk mengekalkan kuasa dan kekayaan, saudara bolehlah berbuat apa sahaja. Lagipun kuasa dan undang-undang berada dalam tangan saudara. Polis, hakim, peguam negara dan sebagainya boleh saudara perintah supaya menjunjung segala titah perintah saudara. Saudara boleh memperanjingkan mereka bila-bila masa yang saudara kehendaki dan mereka pula siap sedia menjadi kaldai tunggangan saudara untuk memenuhi hawa nafsu saudara. Tetapi saudara perlu ingat bahawa Di Atas Sana ada Yang Maha Melihat segala kedurjanaan dan kebejatan saudara. Masakan saudara seperti seorang atheis hinggakan lupa Pencipta saudara sendiri.  Masakan saudara dapat lari dari hambatan maut yang sentiasa menanti saudara dari saat ke saat ?

Saudara Mahathir,

Lebih kurang  60 tahun lampau, saudara hanyalah budak beringus meleleh yang compang camping menjaja nasi lemak di Pekan Rabu  negeri kelahiran saudara. Ketika itu, untuk menampung persekolahan, saudara merasai jerit perih mencari sedikit wang untuk  perbelanjaan sekolah saudara. Sepatutnya saudara kembalikan nostalgia ingatan saudara ke zaman jerit perih saudara dahulu untuk menginsafi diri dan perbuatan saudara terhadap rakyat, yang saudara adalah pemimpinnya.  Sepatutnya kesusahan masa lampau menginsafkan saudara untuk membela nasib rakyat daripada memenuhi tembolok sendiri dan para kroni yang bergentayangan di sekeliling saudara. Menginsafi itu, saudara sepatutnya  menjadi insan yang berbudi seperti mana ketika saudara berkhidmat di Klinik Maha saudara dahulu.

Saudara Mahathir,

Saya percaya perangai bejat dan bajingan saudara sebenarnya telah bersemi semenjak di zaman saudara muda lagi. Keluhuran dan sifat pemurah yang saudara cuba tonjolkan ketika merawat pesakit yang datang ke klinik saudara itu hanyalah untuk menutupi sifat sebenar saudara. Kenapa saya mengatakan demikian ? Ya..kerana sejak muda lagi saudara telah digelar ‘pelampau’ oleh Tunku.  Masakan Tunku semudah itu untuk menuduh saudara dengan gelaran yang agak kasar itu kalau saudara tidak bersifat sedemikian ?

Dan hari ini, saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa saudara bukan sahaja seorang  pelampau, malah seorang penjahat, penjenayah, perompak, penyamun, penyangak, pembohong, bapak pemfitnah teragung dan Perdana Menteri paling celaka dalam sejarah bangsa Malaysia.  Saya mengatakan saudara sebagai PM paling celaka kerana jika dibandingkan dengan PM sebelum saudara, hanya saudara sahajalah PM yang paling durjana dan paling dibenci oleh rakyat. Walaupun sedar dan menyedari diri saudara sudah tidak diterima lagi oleh rakyat, namun saudara masih juga berkeras tidak mahu berundur.

Saudara tetap juga dengan sikap keras kepala dan hati kering saudara. Saya tidak tahu saudara ini dari jenis manusia atau haiwan apa, sehingga menyebabkan saudara begitu degil dan enggan untuk tunduk kepada desakan rakyat yang mahukan saudara berundur. Saudara  merasakan jawatan PM itu hanya layak dan milik saudara seorang sahaja. Saudara merasakan orang lain semuanya tidak layak. Saudara merasakan orang lain semua harus tunduk mengikut telunjuk saudara. Mungkin saudara tidak sedar bahawa  dengan merasakan diri saudara ‘superior’ berbanding orang lain itu, telah meletakkan diri saudara betul-betul seperti Firaun Ramses IV yang mengaku, “Akulah tuhan yang maha tinggi itu”.  Cuma mungkin saudara tidak berani sahaja nak mengaku jadi tuhan walhal tindak tanduk saudara ke atas orang lain yang di bawah saudara, seolah-olah mahukan mereka semua tunduk sujud kepada kehendak saudara. Tidak perlu saya mengulas panjang apa yang dimaksudkan di sini kerana satu dunia  sudah tahu akan saudara.

Saudara Mahathir,

Amat malang dan sial bagi saudara kerana beroleh seorang isteri yang bukannya membimbing dan menasihati saudara ke arah kebaikan, tetapi menjerumuskan saudara ke jurang neraka jahannam. Saya percaya akan kata-kata orang bahawa kejayaan seorang lelaki itu dek kerana perempuan yang berada di belakangnya.  Tidak dinafikan bahawa saudara sudah berjaya menjadi seorang Perdana Menteri selama 18 tahun bagi negara ini. Tidak dinafikan akan sumbangan dan buah fikiran saudara sebelum ini untuk membangunkan negara ini. Namun di sebalik semua itu saudara sendiri yang meruntuhkan integriti saudara sebagai seorang PM yang sepatutnya mencipta dan mengukir nama besar dalam sejarah peradaban bangsa Malaysia ini.  Saudara meruntuhkan integriti saudara dan nama besar yang sepatutnya menjadi milik saudara dek kerana menurut hawa nafsu seorang isteri yang bernama perempuan.

Bukan lagi suatu rahsia di kalangan orang-orang yang mengetahui, bahawa isteri saudara itu memainkan peranan besar dalam tindak tanduk saudara  menguasai kekayaan negara. Kerana pengaruh dan desakan isteri saudaralah maka banyak daripada tindak tanduk saudara merompak dan menyamun harta rakyat semata-mata untuk memuaskan hati isteri saudara dan menyelamatkan anak-anak saudara, yang kian galak membina empayar kekayaan, hanya semata-mata kerana saudara menjadi PM. Kesian saudara. Dikutuk dan dilaknat  oleh rakyat tidak lagi menjadi kudis buat saudara kerana  hati anak-anak saudara perlu dijaga dan saudara tidak pula sanggup mendengar ‘rengekan’ mereka yang kelaparan mahu menguasai segala-galanya yang ada di atas muka bumi Malaysia ini.

Saudara Mahathir,

Kata orang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama yang mahu ditinggalkan di sini ialah sebuah nama besar. Nama besar seperti Imam Khomeini, Jose Rizal, Mahathma Ghandi, Abul Ala Maududi, Hassan al-Banna dan sebagainya.  Bukannya nama-nama besar seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab, Marcos, Idi Amin, Hitler, Stalin dan seumpamanya.  Namun saya percaya, jika saudara mati selepas ini, saudara juga akan mengukir nama besar di mata rakyat Malaysia. Tetapi nama besar saudara itu rasanya akan sebaris dengan Firaun, Hitler, Stalin, Marcos dan yang serupa dengannya. Kerana apa? Ya..kerana saudara sendiri yang sengaja mengundang ‘nama besar’ itu untuk diabadikan menjadi milik saudara.

Saudara Mahathir,

Semenjak kebelakangan ini nampaknya saudara merapu dan nyanyuk lagi. Ketika berucap dalam siri roadshow saudara baru-baru ini saudara meminta rakyat menyingkir saudara sekiranya saudara bersalah dari segi ‘agama’ dan ‘undang-undang’.  Saya rasa saudara memang sudah hilang akal dan gila tidak siuman lagi. Bukankah sudah setahun lebih rakyat meminta saudara turun dari takhta PM itu ?  Bukankah saudara, bukan sahaja bersalah dari segi undang-undang malah saudara juga amat bersalah dari segi agama. Apakah saudara tidak merasa bersalah apa-apa bila menghina Nabi s.a.w. , mengutuk ulama, memperlekehkan hukum Allah dan sebagainya itu ? Apa yang diucapkan oleh saudara baru-baru ini itu tidak lebih dari ucapan seorang nyanyuk yang memang sudah gila. Orang nyanyuk, bila makan tahi sendiri pun dia kata makan biskut !

Saudara Mahathir,

Kalau dulu, setiap apa yang saudara ucapkan akan didengar dan dipercayai oleh rakyat. Kata-kata saudara menjadi azimat dan perangsang kepada rakyat. Tetapi kini, walau keluar emas berketul-ketul pun dari mulut saudara, majoriti rakyat sudah tidak percaya lagi kepada saudara. Walau dijanji istana emas dan permaidani berlian pun oleh saudara, rakyat tidak lagi mahu mendengar cakap saudara. Alangkah malu dan rendahnya taraf saudara. Alangkah   hina dan bangsatnya saudara. Amat keterlaluan kalau saya membandingkan rasa jijik rakyat terhadap saudara itu seperti jijiknya melihat anjing kurap yang merempat ditepi jalan. Cuma lebihnya saudara ialah kerana saudara masih lagi berada di kerusi empuk PM itulah maka cakap  saudara masih lagi ditakuti orang. Sebab itulah masih ramai lagi yang sanggup menjadi penjilat saudara sekalipun jijiknya terhadap saudara sudah tidak dapat dibayangkan lagi. Hina sungguh saudara ini di mata rakyat !

Saudara Mahathir,

Saya sedar tulisan saya ini tidak sama sekali bisa merobah hati kering saudara. Hanya malaikat maut sahajalah yang bisa membuat saudara tersentak dari mimpi panjang menjadi PM yang paling berkuasa itu. Hanya malaikat maut sahajalah yang bisa mengajar saudara erti azab dan balasan siksa. Selagi malaikat maut belum mencabut nyawa, saudara merasakan saudara boleh berbuat apa sahaja.  Selagi maut belum menjemput, saudara merasakan hati saudara belum puas untuk membalas dendam terhadap musuh-musuh saudara.  Saudara sebenarnya belum puas hati melihat musuh saudara difitnah dan dipenjara walaupun saudara tahu musuh saudara bukanlah seperti yang saudaratuduhkan itu. Namun musuh tetap musuh. Mengasihani musuh samalah seperti mengerat batang leher sendiri. Hanya orang yang berjiwa besar sahajalah yang sanggup memaafkan musuhnya. Adakah orang yang jiwanya kerdil dan bangsat seperti saudara ini sanggup memaafkan musuh ?

Saudara Mahathir,

Selama hampir 18 tahun saudara membina nama besar bagi negara ini. Orang yang bernama besar seharusnya  memiliki jiwa besar. Orang yang berjiwa besar akan akur dengan tuntutan zaman. Saudara sepatutnya sedar bahawa zaman saudara sudah berlalu. Saudara sepatutnya insaf bahawa zaman saudara sudah ditelan waktu. Orang yang memiliki jiwa besar seharusnya sanggup berkorban dan mengorbankan dirinya demi kesejahteraan orang lain yang terbanyak. Saudara sepatutnya meletak jawatan demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang 22 juta orang ini. Saudara sebenarnya menjadi barah kepada rakyat terbanyak. Lagi lama saudara menjadi  PM lagi buruklah barah itu. Mahathir….Usahlah menongkat  langit dengan impian yang penuh dengan fatamorgana !

………………..

Cucu Datuk Bahaman