Apa Nama.... Jepun Boleh, Malaysia Pun Boleh!!!
 
"Malaysia mencatat sejarah dan membuktikan kebolehan dan keupayaan dalam mengadakan acara-acara bertaraf dunia dengan menganjurkan Perlumbaan Formula One dengan begitu berjayanya. Sirkit Formula One di Sepang merupakan salah satu daripada 16 sirkit di dunia dan yang kedua dibina di Asia selepas Jepun". Begitu mendabik dada Si Qarun terhadap "projek gajah putih"nya ketika membentangkan Belanjawan Barisan Najis baru-baru ini. Perlumbaan tersebut sebenarnya memberikan pulangan dan faedah yang TIDAK BERNILAI LANGSUNG (bukan pulangan dan faedah yang TIDAK TERNILAI seperti yang diwar-warkan oleh Si Qarun) untuk Malaysia. Kini litar di Sepang itu tinggal sepi bersemadi tak berpenghuni setelah disirami buihan arak.

Si Qarun ini seperti juga Si Mahafiraun nampaknya memegang prinsip tidak mahu kalah kepada Jepun. Bagi Mahafiraun dan Qarun, kalau Jepun boleh maka Malaysia pun boleh juga. Kalau Jepun ada Toyota, Honda, Mitsubishi dan sebagainya, maka Malaysia mesti ada Proton, Perodua dan Jaguh biarpun Malaysia terpaksa menipu diri atau syok sendiri. Kalau Jepun ada Tokyo Tower, hah! tengok Malaysia apa kurangnya, bukan setakat KL Tower, Twin

Tower pun ada. Tokyo Tower saban hari diserbu para pelancong sedangkan KL Tower pengunjungnya boleh dibilang dengan jari. Untuk Sirkit Formula One, Jepun ada Litar Suzuka maka Malaysia tidak mahu kalah, dibinanya Litar Sepang dengan merompak wang rakyat. Kini siri pembaziran diteruskan lagi  oleh Rejim Mahafiraun, apabila dilihatnya ada pelumba Jepun dalam Formula One, timbul irihati dan tercalar keegoaan diri, maka diberikan bantuan pendahuluan (bantuan selanjutnya mungkin akan menyusul) sebanyak RM1.8 juta kepada Persatuan Penganjur dan Pelumba Sukan Bermotor Malaysia bagi membolehkan Alexander Yoong mencatat sejarah dengan menjadi peserta pertama Malaysia untuk beraksi di Perlumbaan Formula One pada masa yang singkat.

Persoalannya, jika Jepun yang boleh maju dengan begitu cepat dan pesat di bidang sukan contohnya bolasepak berbanding Malaysia, namun  masih gagal memburu kejayaan dalam Perlumbaan Formula One, maka akan termampukah Si Alexander Yoong ini menandingi kehebatan Michael Schumacher dari Jerman, Mika Hakkinen dari Finland dan Eddie Irvine dari Britain? Nampak gayanya Si Alexander Yoong akan hanya cium asap kereta pelumba-pelumba lain aje laa, silap-silap haribulan dapat nombor satu daripada belakang. Mungkin Si Mahafiraun boleh bagi alasan, "Takpa, apanama.... Menang kalah adat pertandingan, yang penting ada pelumba Malaysia dalam Formula One". Tetapi persoalannya, adakah Malaysia ini terlalu kaya sehingga wang sebanyak RM1.8  juta dibazirkan begitu saja? Kalau Mahafiraun tetap berdegil mahukan Si Alexander Yoong "makan angin" atau sekadar menghirup asap di Litar Formula One, dipersilakan tetapi jangan dengan cara MEROMPAK wang rakyat! Adalah lebih bermanfaat wang RM1.8 juta itu digunakan untuk faedah rakyat marhain.

Dalam keghairahan Mahafiraun dan Qarun menandingi kehebatan negara Jepun namun adalah amat pelik kerana mengapakah dalam situasi tertentu Mahafiraun dan Qarun masih membiarkan Malaysia terus ketinggalan? Contohnya, jika gaji permulaan Lepasan Ijazah Pertama dalam Perkhidmatan Kerajaan Jepun di sekitar 300,000 Yen (RM10,500 pada kadar 100 Yen = RM3.50), mengapakah rakan mereka di Malaysia cuma layak RM1,300 sahaja? Jika Kerajaan Jepun boleh memberikan bonus kepada kakitangannya sehingga 6 bulan gaji setiap tahun, kenapa Mahafiraun dan Qarun hanya memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Malaysia, itupun setelah didesak dan terdesak? Jika

Kerajaan Jepun boleh menyediakan pelbagai bantuan kewangan kepada semua rakyatnya, malah bukan itu saja, melalui agensi-agensinya seperti  Kementerian Pendidikan Jepun (MONBUSHO), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan sebagainya, Kerajaan Jepun memperuntukkan berbillion Yen setiap tahun dengan menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada penduduk di merata negara di dunia yang ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun, mengapakah pula para pelajar universiti-universiti di Malaysia dibebankan dengan keperitan kos pengajian yang tinggi tanpa biasiswa disediakan oleh Kerajaan malah sebaliknya terpaksa pula berhutang kepada Rejim Mahafiraun?

Kesimpulannya, Mahafiraun dan Qarun hanya akan berusaha menandingi Jepun sekiranya sesuatu tindakan itu menguntungkan diri dan kroni-kroninya. Apabila berbicara soal seperti Formula One, LRT, Monorel dan tol, Malaysia dibandingkan dengan Jepun tetapi apabila berbicara soal gaji Kakitangan

Kerajaan, anda di Malaysia harus bersyukur kerana lebih bernasib baik berbanding rakan-rakan anda di Laos, di Indonesia dan di negara-negara Afrika sana!!! ITULAH WAJAH SEBENARNYA PETUALANG-PETUALANG AGAMA, BANGSA DAN  NEGARA. Oleh itu, bangkitlah semua rakyat Malaysia, tanam hidup-hidup Si Mahafiraun, Si Qarun dan yang sewaktu dengannya di BARISAN NAJIS dalam pilihanraya kelak!!!
 

shortgun50