Mahathir buat Melayu bodoh, rosak dan gila
 
Pejuang bangsa Melayu Almarhum Tun Razak mahukan orang Melayu membangun dalam semua aspek. Beliau mahu menjadikan Melayu bangsa yang berpendidikan, kaya-raya, bermoral,  bijaksana, berdisiplin, berjimat dan sederhana.

      Malangnya cita-cita murni beliau tidak tercapai akibat halangan dari pegawai-pegawai kerajaan  pro-UMNO serta raja-raja korup pro-UMNO.

      Penggantinya Almarhum Tun Hussain Onn pun menghadapi halangan yang sama.

      PM yang ke-4 dan paling bijak Dr Mahathir Muhammad adalah orang yang terbaik memajukan orang Melayu.

      Ini adalah kerana dia ada hubungan yang baik dengan raja-raja yang paling berkuasa di Malaysia.

      Tetapi malangnya dia tidak memajukan Melayu. Sebaliknya memundurkan Melayu. Dia biarkan  pegawainya rosakkan orang Melayu.

      Dia biarkan pegawainya lalaikan Melayu dan kenyangkan mereka dengan bahan dan pemikiran  yang tak berguna.

      Dan apabila Melayu rosak beliau menyindir dan mengutuk Melayu sebagai orang yang rosakkan diri sendiri.

      Dia membodek orang Cina dan kaum rakan lain untuk menghina Melayu.Dia juga ugut merampas  hak istimewa Melayu dan jadikan semua orang sama taraf.

      Pemimpin seperti ini adalah penghina bangsa sendiri.

Dari Pembaca keADILanBt16
Cucu Reformasi