Satu DSAI dianiaya Seribu DSAI bekeliaran Menerus Perjuangan

Usaha Pemimpin BN(ajis) terutama PKMB (Parti Keabangsa(t)an Melayu Bersatu) untuk memusnahkan DSAI kini sudah sampai ke tahap panik dan desprate, tiba-tiba muncul manusia bernama Murad mengatakan DSAI menyalahgunakan kuasa memndapatkan RM3 bilion diikuti pula oleh Ghani Osman dan beberapa menteri besar dan ketua menteri, mungkin bekas-bekas ketua menteri menyatakan kesanggupan mereka mendedahkan apa juga yang boleh untuk memuaskan nafsu PieM mereka.

Maka menyalak dan berkokoklah kakaktua-kakaktua BN(ajis) dan PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) termasuk Unta Badwi dan Kahlil Lebar meminta supaya penyelidikan teliti dibuat, seperti mana mereka melompat kepanasan mengenai enam kotak keramat akhirnya mereka diam, namun dari keberanian Puan Marina Yussuf mengadakan sidang akhbar menampakan bahawa ada sesuatu yang tak kena mengenai pertuduhan baru ini. Kenyataan Puan Marina telah diputar belitkan oleh TV3 (seperti biasa mereka ini tiga suku dan keliru dan mengelirukan).

Paling menarik sahlah bahawa ianya memang didalangi oleh PKMB (Parti Kebangsa(t)an Melayu Bersatu) apabila PieM dengan senyum paksa menyembunyikan keresahan menafikan adanya unsur paksaan dan campur tangan Kepimpinan PKMB (Parti Keabangsa(t)an Melayu Bersatu) dalam pendedahan ini.

Apa yang menarik dapat dilihat bahawa mereka, pemimpin PKMB (Parti Keabangsa(t)an Melayu Bersatu), amat takut dengan orang yang dikurung dan dipisahkan dari keluarga. Mereka tersilap jika mereka berpendapat membuat fitnah dan pertuduhan baru kepada DSAI akan melemahkan semangat juang reformis seperti sibacul Zahid Hamidi, Muhidin dan lain-lain yang jijik nak disebutkan.  Namun terdapat beribu DSAI dijalanan yang akan terus berjuang sehingga kezaliman dan kebathilan dimusnahkan.

Mereka lupa bahawa DSAI hanya merupakan pencetus kesedaran kearah reformasi ini, kini ia didukung oleh pemimpin yang benar bersedia untuk membuktikan bahawa PKMB (Parti Keabangsa(t)an Melayu Bersatu) dan BN(ajis) bukanlah kuasa mutlak dalam kemakmuran dan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

Wahai barisan bacul tidak akan luntur semangat kami, tidak akan lemah perjuangan kami walaupun DSAI akan terus difitnah dan ditahan semangat yang telah DSAI tiupkan kejiwa reformis akan terus membara hingga mereka yang zalim dimusnahkan. IsyaAllah.

Orang beri kita terima - orang undi kita undi tapi undi BN tidak sekali.

KICAP MELAYU