Perjanjian Oil and Gas Dengan Thailand


Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekerja dengan petronas mengharapkan kerajaan Kelantan berbuat sesuatu berkenaan perjanjian antara Malaysia dengan Thailand tempohari. Dipercayai Mahathir akan membina Oil & Gas Complex di Kedah dan bukannya di Kelantan seperti sepatutnya. Adalah tidak masuk akal bagaimana minyak yang disedut di luar pantai Kelantan dan diprosesnya pula di Kedah.

Nampak sangat Mahathir cuba meminggirkan Kelantan dan menyekat Kelantan daripada menikmati hasil minyaknya. Saya mengharapkan Barisan Alternatif terutama PAS bertindak sesuatu supaya hasil minyak tidak dinikmati semahu-mahunya oleh Mahathir dan kroni-krininya. Jangan jadikan seperti negeri Terengganu iaitu minyak di sedut dari luar pantai Terengganu tetapi Universiti Petronas didirikan di Perak. Tidak masuk akal bukan???

Kepada profesional-profesional dan menteri-menteri dari Kelantan yang berada di pihak kerajaan, gunalah pengaruh anda untuk merealisasikan hasil minyak di bumi kelahiran anda agar hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan. Tidak guna anda bercakap pembangunan kepada rakyat Kelantan, sedangkan anda merela orang lain menyedut hasil minyak dari bumi kelahiran anda!

Jurutera Muda Petronas
Kertih