Laporan Ceramah BA di Bintulu- Rakyat Jadi Boss

Bintulu digegarkan lagi!

Bintulu - Ahad 24 Oktober 1999, bertempat di Niah Ball Room Hotel Plaza pada jam 8.30 malam, Barisan Alternatif sekali lagi telah menggegarkan bahagian Bintulu dengan siri ke 2 ceramah menuju ke alaf baru yang bertemakan  "Rakyat Jadi Boss" sebagai kesedaran untuk menyelamatkan negara ini daripada kekejaman, kezaliman dan pendustaan Barisan Najis dan Mahathir. Kehadiran amat mengkagumkan yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, keturunan, agama dan usia.

Barisan penceramah yang menggegarkan pada malam itu amat relevant terdiri daripada YB Chew Chin Sing MP Bintulu selaku tuan rumah dan penceramah pertama, YB Teng Chang Khim ADUN Bukit  Gasing, Selangor merangkap  Ketua Pemuda Sosialis DAP, Ust.Idris Hj. Ahmad S/U Dewan Pemuda PAS Pusat dan En. Firman Abdullah, Pakar Perunding Pendidikan yang mewakili keADILan.

YB Chew banyak menerangkan tentang kerakusan Kerajaan BN negeri yang sering melupakan kebajikan rakyat kebanyakkan, hanya rakyat yang bergelar "kroni" sahaja yang ditatang dan dibelai penuh kasih dan manja, sedangkan rakyat majoriti yang kebanyakkannya tidak pernah lupa untuk mengundi BN pada setiap  pilihanraya diabaikan dan ditindas.

Isu perampasan tanah rakyat atas alasan pembangunan begitu berleluasa sekali dan tidak mendapat perhatian atau pembelaan daripada mana mana pemimpin BN. Beliau menyeru agar rakyat kebanyakkan menukar sikap pada pilihanraya kali ini dan tidak termakan  hasutan ataupun umpanan daripada BN ataupun bakal calun BN di Bintulu iaitu seorang kroni kuat Mahathir yang bernama Datuk Tiong. Lalu disahut oleh hadirin berketurunan Iban, "Tiong akan patah sayap kali ini!" dan disorak kuat oleh lain lain hadirin.

YB Teng pula membawakan kisah beliau yang buat pertama kalinya disiarkan di dalam akhbar lidah bercabang rasmi UMNO Utusan Meloya yang mengisahkannya berceramah di Masjid Negara ketika perhimpunan rakyat menghantar memorandum kepada Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan Raja Raja Melayu.

Antara lain Utusan menghina para pemimpin BA yang membiarkan orang yang bukan Islam memasuki masjid dan berceramah dari anjung masjid. Beliau menyatakan bahawa kehadiran bel;iau hanyalah di anjungan masjid dan memasuki masjid pula dengan penuh adab dan tertib dengan menanggalkan sepatu, pakaian tidak bernajis dan berpakaian menutup aurat. Berbeza sekali dengan anggota anggota FRU Islam yang mengganas dan menceroboh ke dalam masjid dengan kasut dan pakaian yang bernajis itu! YB Teng dengan penuh kefahaman yang jelas memperincikan bahawa tamaddun Islam ke negara ini dikembang dan disebarkan oleh kesultanan Melayu Melaka, sekali kali BUKAN pemimpin UMNO, yang mencemarkan Islamlah ramai daripada kalangan pemimpin pemimpin UMNO.

Juga beliau datang ke masjid negara iaitu tempat orang menyembah tuhan, tetapi Ibrahim Ali Al Kataki pergi ke tempat orang orang China memuja "Hungry  Spirit"… sambung YB Teng lagi, "saya pergi ke tempat orang menyembah TUHAN dikutuk di dalam akhbar, tetapi Ibrahim Ali Al Kataki pergi ke tempat orang sembah HANTU didiamkan.." Dari segi hukum agama Islam yang kununnya dianuti oleh si Al Kataki, menyertai upacara khurafat seperti itu adalah syirik  namanya, apakah ulama ulama UMNO masih buta perut lagi atau para pemimpin UMNO kesemuanya immune daripada hukum hukum Allah??

Kisah kezaliman kerajaan BN Melaka terhadap penduduk penduduk Melayu yang menentang pengambilan tanah pusaka mereka sewenang wenangnya hinggakan bekalan air dan elektrik diputuskan ke kawasan kawasan berkenaan, termasuklah surau dan masjid. Begitu juga kes sensasi Ketua Menteri yang merogol seorang kanak kanak bawah umur hingga mengandung dan melahirkan anak! Haram sedikit pun tidak dihiraukan atau dibela oleh mana mana pemimpin UMNO. Tiba tiba apabila Lim Guan Eng bangun membela anak Melayu yang dijadikan mangsa,, dia terus disumbatkan oleh Kerajaan BN dengan zalimnya dan dibatalkan kelayakannya sebagai wakil rakyat dan hak untuk bertanding.

Faktor ekonomi yang merudum dan merosot, kesemuanya gara gara perbelanjaan boros pemimpin UMNO dan rompakan untuk perut dan kroni mereka sahaja tanpa menghiraukan masalah penduduk majoriti yang miskin dan merempat. Maka di  manakah logiknya salakan anjing anjing UMNO yang merekalah pembela agama, bangsa dan negara? Beliau seterusnya meminta para pengundi melakukan satu perubahan untuk menghadapi cabaran di alaf baru yang lebih mencabar iaitu dengan menolak BN secara total dan menabalkan BA sebagai pilihan untuk menerajui negara pada pilihanraya ke 10 kali ini.

Selepas itu ialah giliran Ust Idris Hj.Ahmad yang disambut dengan laungan takbir oleh hadirin Islam yang terdiri dari segenap lapisan umur dan  latarbelakang. Beliau menceritakan betapa ceramah ceramah BA di semenanjung seringkali diganggu dan disabotaj oleh samseng samseng upahan BN dan  melahirkan rasa kagum dengan keadaan di bintulu di mana pihak penganjur dapat menyediakan tempat yang begitu kondusif untuk ceramah ini. Beliau juga mendedahkan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh BN berterajukan Mahathir amatlah ketara sekali dan dilakukan oleh mereka secara berterang terangan samada ianya berupa hasutan, fitnah, pendustaan mahupun rompakan hasil pendapatan rakyat dan negara.

Beliau juga mengulas kenyataan Khalil  Yaakop melalui berita RTM pada malam itu bahawa RTM tidak akan memberi sebarang ruang "air time" kepada pembangkang untuk sebarang kempen, walhal kepada BN dilakukan seolah olah RTM itu milik BN, siang malam pagi petang tiada lain hanyalah muka Mahathir dan suara suara sumbang firnah dan pembohongan semata mata. Seterusnya Khalil Yaacop digelarkan sebagai "mangkok" pada malam itu, dan kini di Bintulu Menteri Penerangan  UMNO dikenali sebagai Menteri Mangkok! Apa tidaknya, semua orang membayar cukai, lesen TV dan sebagainya, pendek kata di bawah BN serba serbi kena bayar yang  kesemuanya adalah ikut suka pemerintah berapa banyak mereka nak lanyak rakyat, hinggakan disahut lantang pada malam itu oleh seorang kanak kanak… "semua kena bayar!" lalu disambut dengan tepukan sorak oleh para hadirin, SYABAS anakku, semoga kamu dapat meneruskan sisa sisa perjuangan yang kami tinggalkan untuk generasi yang akan datang, dan jangan jadi macam pimpinan Pemuda UMNO yang bacul, dayus dan pondan pondan belaka!

Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis masih membisu mengenai kes kes Rahim TC, Rafidah,  Daim dan Mahathir yang telahpun dilaporkan secara rasmi bersertakan salinan dokumen dokumen buktinya sekali! Bila dilaporkan kes arsenic, dan mendapat laporan perubatan yang kesahihannya masih lagi meragukan, tiba tiba sahaja pihak polis bergegas menyoal DSAI dan Wan  Azizah. Maka jelaslah pihak polis sekarang ini menjalankan tugas mereka berdasarkan tarikan dan tarian puppet master nya! Pelik cukup pelik….

Itulah  Malaysia negara kita, bukannya Malaysia Boleh, tetapi kini kata Ust. Idris  Malaysia Pelik, yang merogol bebas, yang dirogol dan yang membela dipenjara,  yang membelasah bebas, yang kena belasah dihukum, yang membunuh bebas dan  dinaikkan pangkat ke Menteri, yang merompak harta negara bebas, yang cuba  membersihkan nama dianaiya…. Pelik sungguh pelik, Malaysia pelik!

Saudara Firman Abdullah yang mewakili keADILan kemudiannya membentangkan  fakta fakta ekonomi yang penuh ilmiah dan cukup jelas untuk menyangkal  pembohongan Mahathir tentang situasi ekonomi negara kita. Beliau memulakan  ucapannya dengan quotation daripada Brutus "I come to bury Ceaser not to  praise him", begitu juga saya, " I come here to bury Mahathir not to praise  him" dan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.

Beliau menyatakan bahawa sebelum ini ia itu ketika DSAI menjadi MK negara  kita (Ringgit) merupakan antara 2 negara yang mempunyai kekuatan ekonomi  dari segi buying powers selain daripada German (Deutchmark). Kemudian faktor  BOROS kerajaanlah dan bukan hanya Soros yang menyebabkan kemerosotan ekonomi negara. Beliau menggariskan beberapa siri skandal dan penyelewengan jenayah seperti berikut;

1.  MAMINCO
2.  BMF
3.  LONDON FOREX
4.  BULK BAIL OUT of CRONIES

Fakta fakta ekonomi yang sering didustakan oleh BN telah berlarutan dan ini  dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang tidak menghiraukan nasib rakyat miskin  yang berjumlah lebih 5 juta orang di negara ini. Ekonomi merupakan life line  rakyat, tetapi Mahathir hanya membantu golongan yang dia sendiri  berkepentingan di dalamnya seperti anak anaknya dan kroni kroninya sahaja.

Beliau juga menggariskan penjelasan dan penafsiran mengenai "Theory of  credit creation, Capital adequacy ratio" dan sebagainya agar rakyat tidak terkeliru dengan laporan laporan ekonomi palsu daripada akhbar akhbar pendusta dan juga kenyataan kenyataan Mahathir dan kuncu kuncunya.

Seterusnya beliau juga melahirkan rasa pelik mengapakah Malaysia sebuah negara yang mempunyai hasil kekayaan sumber asli ekonomi (gas, minyak,  sawit, dsb) perlu bergantung kepada pasaran saham yang terang terangan  mempunyai element of gambling and speculations. Akhir sekali beliau dengan penuh bersemangat mencabar Mahathir dan juak juaknya bahawa mereka ini BODOH  dalam ekonomi dan dipersilakan membawa beliau ke mahkamah atas tuduhan ini  sekiranya fakta fakta yang didedahkan pada malam ini dusta dan palsu lalu disambut dengan hadirin bahawa Mahathir BODOH dan BN PENIPU.

Majlis berakhir pada jam 11.30 malam dan insyaallah next ceramah akan up grade ke tempat yang lebih luas dan selesa lagi, TAHNIAH kepada team penganjur!

Kerajaan BA memerintah Sarawak…. apakah itu PELIK???
 

Salam Reformasi.
~ Hantu Plaza