SPR Penipu Ikut Nafsu Mahader
 
Saya membaca dengan perasaan terkejut, marah, geram dan kecewa. Kenapa SPR sanggup memihak pada BN dan Mahader si zalim itu? Tulisan Suraya Abdullah dalam laman web Sdr sungguh menggemparkan. Banyakkan lagi pendedahan seumpama itu. Kerajaan BN dan Mahader asyik nak tunjukkan DSAI itu korup, kaki rasuah dan tidak bermoral. Tetapi pemimpin BN bersih sangat ke, bagus angat ke?

Satu lagi SPR. Kenapa badan bebas ini ikut telunjuk BN? Jika pilihan raya tidak bebas, tidak adil ini bermakna kerajaan BN itu tidak sah. Kerajaan BN naik atas dasar menipu rakyat, menipu parti-parti pembangkang.

Apa lagi pilihan kita? Kalau berdemonstrasi, mereka kata rakyat cuba buat huru hara. Mereka ajak rakyat memilih jalan pilihan raya. Tetapi rupa-rupanya pilihan raya juga penuh sampah penyelewengan.

Jalan raya tidak boleh. Pilihan raya penuh penipuan. Yang mana satu ni?

Sahlah, kerajaan pimpinan Umno, Mahader dan BN merupakan kerajaan yang kejam, zalim dan penuh kepalsuan. Saya mengajak semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, supaya BERJIHAD MENENTANG KERAJAAN ZALIM PIMPINAN Mahader.

Jangan biarkan mereka mengganas, buat apa saja yang dia suka. Kita juga ada hati, perasaan dan pertimbangan. Oleh itu, saya sokong rancangan untuk menghantar petisyen bantahan rakyat ke SPR. Biar SPR tahu bahwa rakyat tidak bodoh. Biar SPR tahu dia sudah menipu rakyat selama ini. Biar SPR tahu rakyat tidak boleh dikelentong lagi. Biar dan biar...

Untuk Saudari Suraya, teruskan tulisan-tulisan yg bernas itu. Terima kasih.

Oleh: Pelajar IPTS UK