Pembelian Kapal Terbang Peribadi oleh Dr Mahathir
 
     Selepas Belanjawan Mesra Rakyat dibentangkan oleh Mahathir, rupa-rupanya MAS terpaksa menghadapi Belanjawan Menyenakkan Rakyat dimana MAS tidak dapat memberikan Bonus kepada pekerja-pekerjanya disebabkan oleh pembelian sebuah Kapal Terbang peribadi oleh Mahathir.

     Kapal terbang ini adalah model Boeing 737-700 yang diubahsuai menggunakan enjin Jet. Cermin pandang depannya mempunyai radar yang istimewa lengkap dengan peta dan arah haluan perjalanan. Kerusinya sahaja diimport khas dari Swiss. Di dalam Kapal terbang tersebut dilengkapi dengan bilik tidur khas, meja mesyuarat dan bilik air yang ekslusif. Belanjanya dianggarkan menelan 1b lebih.

     Selepas kapalterbang ini siap diubahsuai, Mahathir akan menyatakan bahawa ianya adalah hadiah / sumbangan kerajaan Amerika. Sedangkan pembelian tersebut adalah hasil dari duit rakyat.

     Sahlah bahawa Belanjawan Mesra Rakyat ini adalah untuk mengaburi mata rakyat bahawa ekonomi telah pulih dan dia boleh berbelanja besar untuk kepentingan peribadinya.

     Sekian.
 

     Kakitangan MAS yang meluat dengan Mahathir.