Cerita Babi dari FGR    


Baru-baru ini saya balik kampung di Daerah Sabak Bernam. Saya medapat satu berita yang menggemparkan yang sedang hangat diperkatakan oleh penduduk daerah tersebut. Berita itu ialah dimana baru-baru ini sebuah masjid iaitu Masjid Makmuriah di pekan Sungai Besar telah di datangi oleh tetamu yang tidak diundang.

Tetamu itu ialah tak lain tak bukan adalah seekor haiwan yang semakin glamour dan terkenal akhir-akhir ini setanding PM kita iaitu seekor bapak BABI HUTAN atau MAHAKHINZIR.

Mengikut riwayat, haiwan tersebut masuk dengan menyondol "Sliding Door" kaca sehingga pecah dan dirinya juga cedera. Maka darah pun menitis ke atas permaidani di dalam masjid tersebit. Tempat yang banyak kesan darah ialah di kawasan mimbar (Babi pun teringan nak bagi khutbah  kot). Akhirnya babi tersebut berjaya ditembak mati dan beratnya kira-kira 100KG (lumayan gak tu kalau jual). Jadi bila perkara ini berlaku maka hebohlah Kariah tersebut dan berita tersebut merebak dengan cepat.

Mengikut riwayat lagi kejadian tersebut adalah susulan daripada satu perkara di mana pihak masjid ingin mengadakan satu majlis ilmu yang mana pensyarah/penceramahnya adalah seorang yang mempunyai tauliah JAIS tetapi oleh sebab beliau adalah penyokong kuat PAS maka majlis tersebut telah dihalang. Maka dengan kuasa ALLAH dijemputlah Sang Khinzir yang membuat ceramah maka  berduyun-duyunlah orang ramai menyaksikan kejadian tersebut. Menurut cerita ada yang mengambil gambar atas kejadian tersebut.

Jadi ambillah iktibar dari peristiwa tersebut. Ramai orang yang saya temui mempunyai tanggapan yang sama iaitu "Kalau ulamak tak boleh mengajar di Masjid memang elok babi yang mengajar, ramai juga yang datang ke Masjid".

Sekian Wallahualam.