Perjuangan Diteruskan Reda Dicari
 
Salam sejahtera semua kepada perjuang refomasi. Teruskan usaha yang mulia itu demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Janganlah kita merasa terhalang untuk maju, kerana ugutan rezeki akan berkurangan.Dan usahlah kita merasa takut untuk menegakkan keadilan.Perjuangan yang suci perlukan pengorbanan.

Ingatlah setiap rezeki itu hanya dari Allah.Rezeki yang boleh kita ambil sekarang dan rezeki yang kita belum boleh kita ambil.Insyallah akan ada juga masanya untuk kita mengambilnya.

Selalunya dalam perjuangan :-

- selalu berpuas hati untuk setiap apa yang dapat.
- selalu berasa ikhlas untuk setiap apa yang dibuat.
- selalu berasa gembira untuk apa yang dibuat dan tidak pernah merasa kecewa untuk apa jua ikhtiar  yang gagal.
- terus berusha dan berasa gembira samaada usaha itu berjaya atau gagal.Semuanya itu kehendak Allah.
- namun sekali gagal jangan berputus asa dan terus berusaha dan berdoa.

Ingatlah tak semua yang ada dalam tangan kita adalah milik kita yang mutlak.Bahkan apa yang kita ada atau miliki sebenarnya tersimpan bahagian orang lain. Oleh itu gunakanlah sebaiknya apa-apa yang di pinjamkan oleh Allah itu sebelum Allah mengambilnya semula dari pada kita.

Sebelum tiba saatnya, perlu kita mengsyukuri setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita, sesuai dengan taraf kita sebagai hamba. Adakah kita lupa akan hadirnya apa yang bernama MAUT.

Sehingga kita berasa semuanya boleh kita miliki, kita fikir kekayaan,kekuasaan, pengaruh, kemashuran dan apa saja yang membuat orang selalu bermegah tidak akan pergi daripadanya.Ingatlah itu semua hanyalah pinjaman sahaja. Seperti setiap sesuatu yang di pinjamkan pada satu ketika akan datang pemiliknya untuk mengambilnya kembali.Ini akan boleh berlaku secara terang-terang atau secara sembunyi-sembunyi. Dan yang diambil balik itu tak mungkin lagi dipinjamkan kepada kita untuk kali kedua.

Jangan lupa apa yang digalas itu bukan selamanya tidak akan tercicir dan ingatlah tak semestinya berjaya di dunia sukses diakhirat.Perjuangan mesti diteruskan tetapi reda tuhan tetap dicari.

albalak