WASIAT ORANG KUAT UMNO PERLIS SUPAYA UNDI PAS!!!!

Peristiwa 31/10/99 di Telaga Nyior Manis merupakan sesuatu yang sungguh mengharukan khususnya kepada sanak-saudara serta sahabat Allahyarham Hamid b. Ali (bekas Pembantu Makmal Sek. Men Syed Alwi, Kayang, Kangar Perlis). Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Allahyarham sempat menunjukkan isyarat bulan serta pangkah kepada semua yang ada. Terbukti Allahyarham sempat meninggalkan perjuangan UMNO yang serba zalim dan semua ini rahmat dari Allah swt serta peringatan kepada yang masih hidup. Turut serta ketika itu adalah sahabat baik Allahyarham Cik Gu Zuhairi (Pendidikan) yang jelas melihat isyarat yang dilakukan oleh Allahyarham.

Sememangnya kakitangan Pendidikan serta para guru negeri Perlis bersiap sedia untuk jatuhkan UMNO/BN serta membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka "Walaupun kami terima bonus tapi DSAI kita masih merana". Kezaliman mesti dihapuskan. Dalam majlis anugerah cemerlang Jabatan Pendidikan baru-baru ini di Maktab Perguruan Kangar ternyata 80% yang menerima anugerah adalah pendukung PAS serta Reformasi termasuk CikGu Roslina Bakar yang telah ditukarkan ke Perak.

AlFatihah kepada Allahyarham.
Salam Reformasi
Tuk Tina Aluih