MANIFESTO BN

Kononya BN nak lancarkan manifestonya yang nak fokus  ‘A better Malaysian life’. Sikit punya sedap bunyinya! Lagi BN nak mengaburi mata rakyat. Macam dah tak ada modal lagi! Macam dah desperate. Maka macam macam janjilah ditabur oleh BN.

Nak better life macam mana kalau sekarang ni pun terdapat macam macam limitasi pada kebebasan ? Hak asasi manusia tercabul sewenang wenangnya. Rakyat nak bersuara pun tak boleh. Asik disogokkan dengan propaganda dan dakyah dakyah karut  mereka. Nak paksa rakyat terima segala apa yang mereka sogokkan walhal majoriti rakyat dah reject cara kotor mereka. Rakyat terasa terhina sehingga life pun dah tak sedap lagi! Tak syok lagi dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Dahlah pula tu, macam macam akta ada yang hanya menguntungkan golongan tertentu aja. Akta akta dan undang undang yang digunakan sesuka hati pemimpin pemimpin tertentu. Selective persecution!! Kalau mereka tak suka kita, kita boleh didakwa dan bukti bukti boleh direka cipta dan mahkamah pun boleh memihak pada mereka!

Semenjak kes DSAI, terbongkar satu persatu penyelewengan dan salahguna kuasa puak ni sehingga majoriti rakyat baik di desa atau di bandar dah tak selesa lagi dengan keadaan sekarang. Dah tak senang duduk asik melihat dan menonton segala bentuk kezaliman dan kemungkaran yang berlaku depan mata hari demi hari! Is this what they called a better Malaysian life? They have made our lives miserable, not better!

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh manifesto BN ini ialah a better Malaysian life via lying, lying, lying and hiding the truth! Tak seperti apa yang disebut oleh Megawati semasa beliau memberi ucapan ulungnya setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden di mana beliau berkata, “we must stop lying”! Megawati pun sedar bahawa hanya  kejujuranlah saja yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan baru Indonesia! Life will be much better when the government of the day is honest and does not tell lies!!

UMNO yang menerajui kerajaan ni kaki pembohong. Tak jujur. Depan Melayu dalam kempen mereka disebut, asik  ditekannya ketuanan Melayu. Di takut takutkan orang orang Melayu sambil menghentam bangsa bangsa lain. Di depan bangsa lain, pandai berpura pura. Sikap hipokrit yang bertentangan dengan agama suci kita! How long more can we tolerate this nonsense if we want a better life?

Do you think the present government will stop lying? No way! So if you want a better life, kick out this BN government and vote in barisan alternatif!!  Give BA a try. Time for change for a better life!

ANAK SELEPAS MERDEKA