NAMPAK SANGAT BPR  TAK BEBAS!

Wah wah, bukan main lagi, BPR nak tunjuk kecekapannya. Cepat cepat nak siasat kes dakwaan Murad! Apa pasal tiba tiba BPR bertindak cepat. Kes Kes yang didedahkan oleh DSAI berhubung dengan rasuah Rafidah dan Daim yang memang nyata salah, tak ada pun tindakan diambil. Senyap aja. Kes Eric Chia pun dah bertahun tahun, tak juga dihadapkan si perompak ni ke mahkamah tapi bila mai kes Murad ni, cepat cepat nak siasat.

Awat ni BPR. Hampa ingat rakyat bodoh tak nampak macam ada tekanan terhadap hampa supaya  bertindak cepat? Macam mana rakyat tak nampak badan seperti BPR ni tak bebas kalau macam nilah tindakan hampa! Selective investigation and persecution at the whims and fancies of the political masters! Nak bertindak pun kena ikut arahan orang orang politik yang bermasalah! Dah buat siasatan, buat lagu mana sekali pun, kalau hampa punya laporan tak tunjuk ada bukti kukuh, depa akan tamperkan laporan hampa jadi betoi! Hiss, takkan hampa sanggup bersekongkol dengan orang orang macam ini?

Bukankah si kaki pembohong muka selamba baru baru ni ada menyeru supaya kakitangan kerajaan kena bersikap professional? Inikah dinamakan professionalisme dalam menjalankan tugas tugas hampa? Mana dia etika hampa? Hampa sanggup mengikut telunjuk membabi buta dengan orang orang yang dah tersepit dan desperate ni? Apa yang hampa dapat? Yang dapat habuan ialah bos hampa yang kaki bodek yang ada kepentingan pribadi. Tangan bos hampa dah terikat, dah tak boleh buat apa lagi. Nak gostan, tak boleh. Maka dikudakan hampa semua melakukan kerja kerja kotor ni untuk mengkenyangkan nafsu orang orang politik! Untuk agenda agenda politik mereka!

Mana pi Ketua Setiausaha Negara (KSN) kita? Tak dak pun nak bersuara nak menyelamatkan Perkhidmatan Awam? Habis badan badan kerajaan disalahgunakan  oleh orang orang politik tapi KSN kita buat tak tau saja. Patutkah arahan arahan seperti ini dipaksa, di suruh kakitangan kerajaan melaksanakan juga, dipercepatkan  walhal banyak lagi kes yang jelas terdapat salah guna kuasa, yang masih tidak diambil sebarang tindakan?

Takkan kut Perkhidmatan Awam kita tak tau nak bezakan yang mana satu yang benar dan yang mana satu yang tidak benar? Apa dia professionalisme yang disebut oleh Mahathir tu? Masuk longkang professionalisme hampa lagi baik! Buat malu aja! Hancur imej Perkhidmatan Awam kita. Hancur berkecai kredibilti Perkhidmatan Awam kita. Disebabkan nila setitik, habis rosak baju se beldi! Hampa malukan Perkhidmatan Awam kita!

Macam mana badan badan kerajaan nak berlaku bebas jika ada ugutan ugutan dari orang orang tertentu? Macam mana kakitangan kerajaan nak bersikap  professional jika ada hidden hands yang arm twist pihak pihak tertentu? Puaslah kami berceramah, menganjurkan kursus kursus  menekankan professionalisme dalam menjalankan tugas tugas tapi sia sia usaha usaha kami!  Marilah kita selamatkan Perkhidmatan Awam kita dengan menyokong barisan alternatif. Itu saja jalan yang ada pada kita jika kita sayangkan Perkhidmatan Awam kita. Marilah kita bantu barisan alternatif menumbangkan kerajaan yang mungkar ini!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

INTAN