LANCARKAN JIHAD ANTARABANGSA!

Saya tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam laman reformasi yang mencadangkan supaya BA berusaha menyampaikan maklumat maklumat benar di arena antarabangsa. Memang tepat sekali cadangan ini kerana dah berkali kali Mahathir  berbohong di arena antarabangsa. Rakyat sendiri dah tak percaya dengan dia, Mahathir dah pula turn his attention ke dunia luar. Nak cuba perdayakan negara negara asing pula! Betullah apa yang dikatakan dalam artikel tersebut, dengan muka selamba dia berbohong!

Tapi, kita tak boleh biarkan Mahathir dengan pembohongannya. Kita kena lancarkan jihad antarabangsa pula. Memberi maklumat maklumat tepat mengenai apa yang telah dan sedang berlaku di negara kita. Dedahkan macam mana Mahathir melalui media massa yang dikontrolnya nak menghina minda rakyat. Dedahkan macam mana Mahathir mengkontrol perjalanan Mahkamah. Dedahkan macam mana institusi polis kita disalahgunakan oleh Mahathir sehingga negara kita sekarang dah jadi macam negara polis! A police state di mana rakyat tak bebas bersuara. Hak asasi manusia dicabuli sewenang wenangnya dengan bantuan media media massa dan badan kepolisian! Dedahkan satu persatu macam mana DSAI dizalimi sehingga ada cubaan nak membunuh. Kes Rahim Nor perlu didedahkan dimana beliau cuba berbohong dan setelah mengaku, masih lagi bebas se bebasnya. Dedahkan kes rasuah menteri menteri yang langsung tak diambil tindakanů.selective persecution diamalkan berleluasa di Malaysia sekarang.

Kita perlu sampaikan mesej mesej ini ke merata dunia. Hantar melalui E Mail atau surat kepada Badan Bangsa Bangsa Bersatu,  Amerika,  England,  Australia,  Indonesia,  negara negara Islam di Timur Tengah, dan juga  negara negara Asean. Tidak kurang penting jangan lupa hantar ke Setiausaha Agung PBB untuk menyampaikan segala rintihan rakyat negara ini! Kalau boleh,  hantar secara E Mail ke CNN yang selalu menyiarkan alamat E Mailnya.

Apa pilihan yang ada pada kita? Mereka kontrol media massa. Mereka kontrol PDRM. Mereka kontrol institusi kehakiman. Mereka dah perlecehkan minda kita. Mereka dah hina minda kita. Mereka tak boleh anggap kerja murni seperti ini sebagai satu penderhakaan kepada negara. Kita cuma nak menyelamatkan negara. Kita cuma nak memperbetulkan segala kemungkaran dan kezaliman terhadap rakyat yang telah mereka lakukan. Ya, memaksa rakyat mempercayai segala pembohongan mereka ialah satu kezaliman. Menghadkan kebebasan rakyat bersuara ialah juga satu kezaliman. Mahathir dah buka jalan untuk  para reformis yang cintakan negara, untuk berjihad di arena antarabangsa demi menyelamatkan negara!

Ayuh! Lakukan segera!

MAHATHIR HAS DUG HIS OWN GRAVE AND LET US  BURY HIM BY GOING INTERNATIONAL!

ENOUGH IS ENOUGH!

PENSYARAH KAJIAN STRATEGIK