MAHATHIR MENYERU KAKITANGAN KERAJAAN SUPAYA BERSIKAP PROFESSIONAL

Apa pula Mahathir cuba nak pandai pandai menyeru kami supaya bersikap professional? Selama ini kami tak professional ke? Takkanlah dah desperate sangat, dah tahu kami dah tak menyokong kerajaan lagi, nak kata kami tak professional? Adakah dengan tak menyokong kerajaan kami tak professional? Macam mana nak sokong jika depan mata, kami nampak segala macam kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa dan pembohongan? Takkan kami nak sokong juga kerajaan yang zalim, rasuah, dan asik menyalahguna kuasa? Selama ini kami bersikap professional dalam menjalankan tugas kami tapi kami dah tahan, dah meluat melihat segala kemungkaran, pembaziran dan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan khususnya, Perdana Menteri sendiri.

Dah terlalu menghina minda, akal fikiran kita. Nak suruh kita percaya dengan cerita cerita karut rekaan mereka. Nak suruh kami iyakan segala tindakan zalim mereka. Nak suruh kami percaya dengan segala berita berita yang disogokkan oleh media arus perdana. Kami bukan buta! Kami bukan tak ada otak. Apa gunanya hantar kami belajar tinggi? Apa gunanya Allah kurniakan akal fikiran? Kami bukan tak tahu segala pembaziran  kerajaan. Kami bukan tak tahu macam mana kerajaan menyalahgunakan jentera jentera kerajaan. Nak paksa kami ikut serta dengan agenda agenda fitnah dan pembohongan mereka? Sorrylah!

Kami tahu ada ugutan demi ugutan terhadap kami. Masih ada lagi orang orang dalam kerajaan yang cari makan tapi tak banyak! Macam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Bukan kami tak tahu siapa dia. Beliau ada pertalian dengan salah seorang yang merancang untuk menjatuhkan DSAI. Golongan kecil yang nak cari makan ni  semuanya ada kepentingan. Semuanya dah termakan dengan budaya kotor dan rasuah UMNO! Semuanya berfikiran sekular macam orang orang UMNO totok! Semuanya tak senang dengan nilai nilai Islam yang cuba diperkenalkan oleh DSAI dulu. Mereka ni golongan yang gilakan pangkat, kebendaan dan kuasa!

Siapa yang tak kenal  bekas Ketua Pengarah EPU yang sekarang menjadi Gabenor Bank Negara? Rumah macam istana. Bukan Melayu tapi mamak. Bini pun pakai sari cakap Melayu pun tak betul! Semasa beliau menjadi bos di EPU, siapa tak tahu dia MR TEN PERCENT? Kaya raya, makan tak habis. Tengoklah bos EPU sekarang. Lebih kurang sama juga. Tak percaya cheklah harta beliau. Kaya sakan semenjak menjadi bos EPU. Golongan inilah yang mendakwathitamkan perkhidmatan awam kita tapi selagi Mahathir berkuasa, selagi tulah golongan ini boleh hidup!

Siapa yang mengajar kakitangan kerajaan dengan budaya budaya kotor ini kalau bukan kerajaan yang ada sekarang yang terlalu sangat mengejar kebendaan sehingga agama boleh diperlecehkan? DSAI cuba nak bersihkan perkhidmatan awam, cuba nak menyelamatkan perkhidmatan awam dari  gejala gejala dan amalan amalan rasuah tapi beliau pula dicantas, dizalimi dan  diaibkan sehingga akal kami tak boleh terima lagi! DSAIlah yang cuba nak memperkenalkan professionalisme dalam perkhidmatan awam kita. DSAIlah yang memperkenalkan penerapan nilai nilai Islam dalam perkhidmatan awam kerana beliau nampak segala bentuk rasuah, penyelewengan  dan salah guna kuasa yang kian menjadi barah dalam perkhidmatan awam kita! Niat DSAI memang  murni tapi ternyata ada golongan golongan tertentu yang berkepentingan dalam perkhidmatan awam yang tidak senang dengan usaha usaha murni DSAI ini!

Tunggulah apabila BN/UMNO jatuh nanti, kami dedahkan satu persatu siapa gerangan mereka! Kita dedahkan angkara angkara mereka yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang kaki pembohong  dan diktator. Kami akan  syurkan harta harta mereka disiasat ke akar umbi!  Perkhidmatan Awam tidak mahu pemimpin pemimpin macam ini!
Allah selamatkan bakal Perdana Menteri kita!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

KAKITANGAN KERAJAAN