ELECTION BUDGET!!

Alhamdullillah, depa bagi, kita ambil, begitulah komen segolongan besar kakitangan kerajaan terhadap belanjawan yang baru dibentangkan. Bonus RM 1000 tak akan menukar pendirian kami. TOLAK TETAP TOLAK! Jangan pula cuba nak kata kami kakitangan kerajaan tak tahu berterima kasih pada kerajaan dengan pemberian bonus tersebut. Kalau ya pun, janganlah nak hina minda kami! Janganlah cuba nak mempermainkan kebijaksanaan kami. Ingat kami bodoh sangat tak tau, tak nampak semua ni satu sandiwara saja! Kami tau, ini semua umpan umpan nak pancing undi dari kami! Depa ingat kita ni di zaman enam pulohan, masih bodoh lagi. Walau bagaimana pun, itu hak kami!

Depa ingat dengan memberi bonus sebanyak RM1000, depa boleh turnoverkan kami. Piirah! Yang depa perhabiskan duit berbillion billion membailoutkan syarikat syarikat anak pinak dan kroni kroni tu duit sapa? Yang anak anak depa dapat kontrak sakan sana sini tu apa cerita? Baik anak Mahathir atau anak Megat atau menantu Rafidah, semuanya sama! Sapu bersih! Yang depa bagi kat kita kacang saja walhal depa dah sapu banyak.

Kami bukan tak tau depa dok bazir sakan, perhabiskan duit rakyat. Pi sana pi sini guna jentera kerajaan. Dok kempen pun guna kemudahan kerajaan. Jika kita hitungkan jumlah pembaziran depa dan berjimat, kita patut dapat lebih dari apa yang mereka berikan sekarang. RM 1000 pun tak apa juga, syukur juga  tapi harga barang barang keperluan harian bila depa nak turunkan? Kalau selepas ni, depa senyap senyap naikkan harga barang barang dan harga TOL, apa gunanya bonus dan kenaikkan gaji ni? Lani pun, tengok sajalah, TOL sana TOL sini. Kalau depa menang, cepatlah lebuh raya lebuh raya yang dalam pembinaan ni akan siap sebab nak cepat pungut TOL! Sapa untung? Kroni lagi! Negara yang paling banyak sekali mempunyai jalan bertol ialah negara kita! Malaysia boleh!

Walaubagaimanapun, kakitangan kerajaan rata rata berterima kasih pada Barisan Alternatif kerana tanpa tekanan tekanan dari BA, jangan haraplah kerajaan BN nak bagi gula gula macam ini kepada mereka. Jangan harap! Disebabkan tekanan, disebabkan Mahathir dah sedar, majoriti kakitangan kerajaan dah mula sedar, celik dan terlalu muak  dengan segala kemungkaran dan pembohongan kerajaan pimpinan Mahathir, maka disogokkannya BONUS LAST KOPEK ini!

KAMI KAKITANGAN KERAJAAN TAK SE MURAH ITU! KAMI KAKITANGAN KERAJAAN TAK SE BODOH

SEPERTI YANG MAHATHIR SANGKAKAN! BERI KAMI TERIMA TAPI PANGKAH TETAP PANGKAH BA!

KAMI HANYA MAHU  MENGIKUTI LANGKAH RAKAN RAKAN KAMI DI KELANTAN YANG BIJAK

MENYAHUT SERUAN TOK GURU!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

KAKITANGAN KERAJAAN