STOCK MARKET REACTED NEGATIVELY

Walaupun mesin mesin  propaganda kerajaan cuba menonjolkan bahawa belanjawan tahun 2000 yang baru dibentangkan di parlimen sebagai belanjawan rakyat atau people friendly budget, sayang sekali BSKL tidak menunjuk reaksi seperti kebiasaannya. Indeks BSKL bukan naik tapi merudum sebanyak lebih daripada 7 mata pada hari yang sama belanjawan dibentangkan di parlimen. Hairan sungguh kerana pada tahun tahun yang lalu, setiap kali belanjawan nak diumumkan atau pada hari belanjawan dibentangkan, selalunya indeks BSKL akan melonjak naik. Sekurang kurangnya, adalah apa dinamakan ‘small rally’ menjelang pembentangan belanjawan atau indeks melonjak naik ke paras yang lebih tinggi apabila belanjawan yang dikatakan people dan corporate friendly dibentangkan. Tapi kali ini tidak, pasaran saham menunjukkan reaksi sebaliknya! Negative reaction to the so called people  and corporate friendly budget!

Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa memang terdapat KRISIS KEYAKINAN di kalangan rakyat terhadap segala apa yang cuba dihidangkan oleh kerajaan? Selama ini apa yang digembargemburkan oleh media media kerajaan mengenai kononya terdapat kembalinya konfidence terhadap pasaran saham kita ialah AUTA semata mata! Sebenarnya kelonjakkan pasaran saham dalam beberapa minggu kebelakangan ini ialah permainan silap mata orang orang tertentu. Satu manipulasi sahaja untuk mengaburi pandangan rakyat. Apa yang jelas juga ialah apabila Mahathir buka mulut, pasaran saham kita SEMPUT. Sudah berapa kali Mahathir buka mulutnya,  kononnya pasaran saham akan melonjak naik.

Baru baru ini di depan orang orang Cina Mahathir berkata demikian tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga pelabur pelabur Cina pun dah naik fed up dengan orang tua ini. Kalau kita pergi ke broker broker saham, kita boleh dengar komen komen dari pelabur pelabur Cina ini. Haiya! Lancaulah Mahathir! Mana mereka tak frust, dah beberapa kali rugi, masuk keluar, masuk keluar pasaran saham setiap kali Mahathir membuat kenyataan mengenai pasaran saham. Bukan untung, RUGI memanjang! Dulu punya rugi pun belum lagi recover dah kena lagi!

Kalau dinegeri lain dengan apa yang berlaku sekarang dengan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan, dah lama kerajaan yang ada mengundur diri tapi di negara yang serba boleh ni, jangan haraplah ini nak berlaku kerana THE STAKES ARE JUST TOO BIG! Lagi mereka menabur macam macam pembohongan dan fitnah! LAGI MEREKA MENGHINA MINDA RAKYAT! Dah lama kita menunggu nak tukarkan kerajaan ni melalui pilihanraya. Bila lagi Mahathir nak bubarkan pilihanraya dan  umumkan pilihanraya?

TANGAN RAKYAT DAH TAK SABAR SABAR, DAH GATAL NAK PANGKAH BARISAN ALTERNATIF!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

PELABUR  BSKL