SPR Sengaja Lengah-lengahkan Daftar Pemilih Baru

 Seramai 680,804 orang telah berdaftar sebagai  pemilih  (pengundi) baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR)   membuka tempoh pendaftaran baru pada April hingga 13  Mei 1999 lalu. Jumlah ini tidak termasuk pemilih  yang  bertukar alamat atau lain-lain urusan. Seorang  pegawai  tinggi SPR dalam taklimatnya kepada Budi (sebuah NGO  yang terlibat dalam kumpulan pengesan Pilihan Raya  umum atau PEMANTAU) dan taklimatnya kepada  pemimpin-pemimpin Parti keADILan Nasional telah  mengemukakan "hujah-hujah rasional dan teknikal"  kononnya daftar pemilih itu tidak akan dapat  digunakan  tahun ini. Jika pilihan raya ke-10 diisytiharkan  tahun  1999, daftar pemilih 1988 (yang diluluskan pada  Januari tahun ini) akan digunakan, BUKANNYA daftar  pemilih yang baru. SPR berhujah lagi mereka perlu  mengambil masa sehingga 8 bulan (dari tarikh 13 Mei,  1999) untuk menyiapkan daftar baru itu.

[lihat kelentong SPR di sini http://www.spr.gov.my/KeratanAkhbar/fitnahdanpembohonganterhadapspr.htm
   DAN JUGA   http://www.spr.gov.my/kertasinformasi.htm]

 Ini bermakna seramai 680,804 orang TIDAK AKAN  MENGUNDI. Macam-macam alasan yang berbelit-belit  diberikan dan nampak macam logik. Tetapi sejarah  bercakap lebih jujur dari pegawai SPR itu.

Mari kita lihat masa yang diambil oleh SPR dalam  pilihanraya-pilihanraya umum yang lalu. Tempoh  pendaftaran pemilih (pengundi) yang baru tidak  memerlukan tempoh lapan bulan. Itu semua kelentong  SPR  sahaja!!

 Pilihan raya umum 1982, SPR ambil masa 5 bulan 19  hari;

 Pilihan raya umum 1986, SPR ambil masa 8 bulan 4  hari;

Pilihan raya umum 1990, SPR ambil masa 4 bulan  (untuk  seluruh Malaysia, kecuali Sabah selama 1 bulan) 

Pilihan raya umum 1995, SPR ambil masa 6 bulan 9  hari

 [sumber: Ucapan Ketua Pembangkang dan Setiausaha   Agung  DAP, YB Lim Kit Siang, http://www.malaysia.net/dap/sg2019.htm]

 Semua orang tahu kerajaan Barisan Nasional di bawah  pemerintahan kuku besi Dr Mahathir takut hendak  mengadakan pilihan raya. Mereka takut tewas atau  setidak-tidaknya takut tidak mendapat majoriti 2/3  di  Dewan Rakyat. Oleh kerana banyak pihak dan pemerhati  politik menjangkakan ramai golongan muda menentang  kerajaan (dan merekalah yang membentuk senarai  680,804  orang pemilih baru itu), maka kerajaan melalui  alatnya  SPR sengaja melengah-lengahkan kelulusan daftar  pengundi baru itu agar dapat digunakan dalam pilihan  raya umum pada tahun ini. Oleh itu, hak rakyat  golongan muda ini akan dinafikan. Tinggallah  golongan  lama yang beku untuk memberikan sokongan kepada BN  dan  Mahathir tetapi ingat.... belum tentu lagi. Orang  Melayu tidak lagi percaya pada Mahathir yang  pembohong, putar belit dan zalim.

 Apa kata orang ramai terhadap kebebasan dan  kewibawaan  SPR? "Kalau polis, mahkamah, hakim, Peguam Negara  dan  media massa boleh TUNDUK dengan MUDAH kepada  kehendak  nafsu politik Mahathir, apa sebabnya SPR boleh bebas  dan wibawa? Tentunya SPR lebih mudah lagi  diperalatkan  oleh Mahathir!" Apa buktinya? Lihat... SPR sengaja  melambat-lambatkan kelulusan daftar pemilih baru  kerana sesuai dengan strategi politik BN yang tidak  mahu golongan muda mengundi Barisan Alternatif (BA).  Ini bukti pertama SPR di bawah telunjuk BN.

 Tetapi ada satu cerita lagi. Sebenarnya SPR hanya  menetapkan tarikh 2 April hingga 30 April untuk  pendaftaran baru pada tahun ini, 1999. Setelah  beberapa minggu membuka kaunter-kaunter pendaftaran,  SPR mengumumkan kepada media (ada dalam akhbar &  siaran TV), sudah hampir 500,000 pengundi baru  mendaftar. Satu perkembangan menarik. Beberapa hari  selepas itu, ketika hampir tamat tempoh tersebut,  Naib  Presiden UMNO Najib Tun Razak menyatakan kira-kira  250,000 orang ahli UMNO belum lagi mendaftar. Oleh  itu, kata Najib, SPR mesti melanjutkan tempoh  pendaftaran. Itulah puncanya tempoh pendaftaran  disambung selama DUA MINGGU LAGI sehingga 13 Mei,  1999. Ini bukti kedua SPR mengikut kepentingan dan  telunjuk BN, UMNO dan tuan-tuan politiknya yang  zalim  dan palsu.

 SPR sebenarnya alat BN dan Mahathir. Percayalah....  Mahathir kata, "pilihan raya ini paling kotor".  Ingat  rakyat...

 Oleh Suraya Abdullah [e-mel:  suraya_abdullah@yahoo.com]