OCPD MARAN BERLAGAK MACAM KETUA BAHAGIAN UMNO
 
Merujuk kepada tulisan Cicit Mat Kilau,kita mengesahkan tingkahlaku OCPD(Ketua Daerah Polis)di ketiga-tiga daerah di Pahang.Akan tetapi yang paling teruk dan langsung tidak professional adalah OCPD Maran yang bernama Zainan.
 
Manusia bernama Zainan yang menjawat jawatan OCPD adalah satu-satunya pegawai Polis di Maran khasnya dan di Pahang khususnya yang berperangai macam ketua Gestapo di samping sikapnya yang macam Ketua Bahagian UMNO.Beliau inilah pegawai yang memberikan tekanan,ugutan dan mengenakan berbagai peraturan yang bukan-bukan untuk mengekang aktiviti politik parti PAS dan KeADILan.Bukan setakat ceramah yang sering permit tak di luluskan tanpa alasan munasabah malahan mengeluarkan arahan terbaru bahawa ceramah tidak boleh di buat lebih dari dua pada satu-satu masa!Bayangkanlah bodohnya peraturan yang tak munasabah ini memandangkan daerah Maran hampir sama bear dengan Negeri Perlis!!!

OCPD Zainan ini juga sering memakihamun aktivis BA dengan pelbagai perkataan malahan pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan kurangajar kepada seorang tua yang layak memjadi bapanya dengan perkataan:`otak letak di kepala bukan di du***'!Dan orangtua tersebut berasa sangat terhina kerana sepanjang umurnya tidak pernah  langsung rasa hormatkepada orang awam dan terlalu megah dengan kedudukannya sebagai Pegawai Polis-sekiranya ada yang menegur beliau maka akan di anggap sebagai menghina polis dan akan di ugut dengan pelbagai ugutan seperti di tahan dalam lock-up atau di ISA-kan.

Beliau yang begitu bangga dengan peranannya dalam meruntuhkan Jemaah Al-Arqam sebagai salah seorang anggota operasi serban,sering menyifatkan parti pembangkang terutama PAS sebagai komunis!Malahan beliau yang sering menghina dan memberikan ugutan kepada BA dengan membatalkan permit ceramah kurang dari 6 jam sebelum ceramah bermula yang langsung tidak mematuhi undang-undang!

Zainan ini juga melakukan provokasi di dalam masjid dengan memakihamun dan mengugut khatib yang membaca khutbah yang langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam serta mengugut khatib berkenaan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan kononnya-jelas di luar kuasa beliau kerana khatib berkenaan mempunyai tauliah dari Sultan Pahang sendiri.

Beliau turut menunjukkan fanatiknya kepada UMNO yang tidak berbelah bagi dan turut menjadi jentera pemfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di daerah Maran selain dari Datuk Tan Aminudin,Ketua Bahagian UMNO.Aktivis PAS dan KeADILan di leteri dengan hujjah yang saling tak tumpah seperti pemiimpin UMNO yang langsung tidak menggambarkan sikap professional dan berkecuali sebagai anggota PDRM.

Kita bersetuju dengan saranan Cicit Mat Kilau dan malahan kita mencabar OCPD Zainan khususnya dan lain-lain Pegawai Polis di Pahang supaya meletak jawatan dan istiharkan jadi orang UMNO supaya tidak berlindung di balik uniform Polis yang hakikatnya gaji dan uniform tersebut kami rakyat marhaein yang bayar bukannnyta tuan-tuan politik UMNO kamu.Kepada OCPD Zainan ingatlah di dunia kamu mungkin berkuasa tetapi di akhirat kelak kamu tahulah akibatnya kerana gagal memegang amanah rakyat!!!Dan kuasa rakyat adalah penentu.
=====