Lagi Kedurjanaan Mahafiraun-Perjanjian Oil and Gas dengan Thailand
 
Bernama melaporkan Petronas  telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat Oil dan Gas Thailand yg mana untuk menyedut gas di Joint Development Area(JDI) di luar pantai Thailand dan akan menyalurkannya ke Kedah. Sebenarnya ianya bukanlah di luar pantai Thailand tetapi kebanyakkan gas itu terletak di luar pantai Bachok,Kelantan.

Oleh kerana Mahafiraun tidak sanggup melihat Kelantan mendapat royalti gas tersebut dan tidak sanggup melihat Kelantan maju di bawah PAS, Mahafiraun sanggup membiarkan syarikat Oil and Gas Thailand itu menyedut gas tersebut dan membina paip line dari Thailand Ke Kedah. Perbelanjaan pipe line dari Thailand(Songkla)ke Kedah akan menelan belanja yg besar kerana jaraknya yg jauh. Kira-kira melebihi 3 billion ringgit , sedangkan kalau gas tersebut dinaikkan terus ke pantai Senok, Bachok, perbelanjaannya adalah kira-kira kurang dari 300 juta ringgit.

Mahafiraun cepat-cepat membuat perjanjian tersebut sebelum  pilihanraya, untuk mengelak Kelantan dari menikmati gas tersebut jika BN  tidah mendapat majoriti 2/3. Rancangan Mahafiraun ialah untuk membina Oil  and Gas Complex di Kedah, dengan itu bolehlah dia memberi habuan projek jutaan ringgit kepada gang dia dan dapat membeli balik orang-orang yg  menyokong BA di Kedah. Mengapalah rakyat M'sia begitu bodoh sekali,  sedangkan dinegara lain spt India dan negeri di Afrika yg dianggap mundur,  kalau harga gandum, minyak naik 10-20 sen aja, rakyatnya terus berdemo.

Kenapa harus menunggu Anwar Ibrahim di fitnah dan di penjara baru nak sedar. Tetapi masa masih belum terlambat, kalau di kedai-kedai org tak guna dacing lagi, inilah masa untuk membuang dacing dlm pemerintahan kita. Kerana ianya dah lapuk layak disimpan dlm museum aja.