Master Account
 
Assalamualaikum,
                 Saya tertarik sungguh dengan konsep Master Account yang diperkenalkan oleh Barisan Kroni baru-baru ini. DSAI dikatakan mempunyai Master Account. Master Account ini dipunyai oleh seorang Towkay. Sesiapa yang hendak beri duit kepada DSAI diminta masukkan duit kedalam Master Account ini. Tetapi buku cek Towkay itu pegang, yang boleh sign pun dia seorang saja, malah nama akaun pun nama dia seorang saja!

                 Isy! Bagus betul konsep ini. Saya pun teringin nak buka  Master Account untuk DSAI, untuk membantu kos guaman beliau dan sebagainya. Nanti saya akan umumkan kepada pembaca budiman nombor akaun dan nama bank itu, ya? Sesiapa hendak contribute kepada DSAI sila masukkan duit banyak-banyak kedalam akaun ini ya? Tapi buku cek saya pegang, yang sign saya seorang saja dan nama akaun pun nama saya seorang saja, OK? Isy! Takkan tak percaya kepada saya kot?

                  Justeru itu saya nak buka Master Akaun untuk Dr Mahathir juga. Kroni-kroni sila ambil perhatian! Siapa berminat untuk bagi duit untuk Dr Mahathir sila hantar emel kapada saya dialamat ini, Gila@kalut.com Nanti saya balas balik bagi tau nombor akaun nama bank dsb. Harap hantar duit juta-juta, ya? Nanti malu kat Anwar, Master Account Mahathir mesti banyak lagi kan?

                   Oh ya! Untuk makluman Polis, SB dan Badan Pembantu Rasuah, saya percaya Musa Hassan ada memegang Master Account untuk Rahim Noor. Saya harap tuan-tuan akan mengambil tindakan terhadap Rahim Noor sebagaimana tuan2 mengancam mengambil tindakan terhadap  DSAI, diatas 'kepercayaan' Dato Murad. Barulah adil kan? Kes sama saja, Dato Murad percaya, saya pun percaya, Dato Murad 'verily believe' saya pun 'verily believe', Dato Murad tidak kemukakan bukti2 kukuh saya pun tidak kemukakan. Sama kuat saja kes kita kan?

                   Oh! Makcik saya pesan dia pun ada pegang Master Account  untuk Rafidah Aziz tapi entah kenapa sumbangan turun mendadak baru-baru ini, tinggal 50 sen saja dalam akaun.

                   Kucing saya pun ada Master Account untuk isteri kawan  dia, Dugong yang mati dahulu. Tetapi bila pergi kat Bumiputra Commerce  diberitahu akaun SPTF dia telah ditutup dan dipindahkan kat Bank Muamalat, Cawangan Timbuktu.

                    Saya kira konsep Master Account ini adalah suatu penemuan baru sumbangan Malaysia Boleh kepada dunia. Pak Man Telo pun angkat  tabik! Mana tidak, buka akaun atas nama sendiri, kata untuk orang lain dan  berjuta-juta duit masuk. Master Account ke, Master Bohong, Master Dusta dan  Master Fitnah?

Wassalam,

Ahmad Adil