TAJUK AKHBAR : ANWAR KAWAL 3 BILLION
(adalah berniat jahat)

Tajuk salah satu akhbar utama selepas kenyataan bersumpah Murad Khalid tentang apa yang dikatanya Anwar Ibrahim mengawal akaun pusat sejumlah wang 3 billion. Tidak lain tujuan kenyataan itu ialah untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan kerja tak elok lalu dengan harapan dia boleh disabitkan. namun kenyataan bersumpah itu sama tarafnya dengan afidavit jahat ke atas Datuk Nalla awal akhir ogos.1998 dulu. Disamping itu, kenyataan bersumpah itu juga sama klasnya dengan pengakuan Sukma Darmawan dan Annes di Mahkamah. Kenyataan Zahid Hamidi juga adalah setaraf dengan kenyataan itu. Kenyataan Ummi Hafilda juga sama tarafnya dengan kenyataan bersumpah Murad Khalid. Bahkah mungkin kenyataan adalah tidak ada kredibiliti langsung. Tak kuat dan tidak boleh dipercayaai walau dia membuat kenyataan itu dengan kaedah bersumpah.

Tengku Razaleigh pun bersumpah bahkah orang kata dia sumpah-sumpah kerana sumpahnya itu. Ummi Hafilda bersumpah, Azizan bersumpah, Mahathir dan semua kabinetnya bersumpah di depan Yang Dipertuan Agung , Pegawai Kerajaan yang dilantik untuk menjaga rahsia juga bersumpah. Namun persoalannya adakah boleh dipercayai sumpah semua itu?. Kalau sumpah saja tanpa iman dan takwa, maka sumpah tidak ada apa-apa bahkan ianya menjadi bohong pula. Faktor iman dan takwa mesti ada sekali dengan sumpah itu.

Adakah rakyat percaya sumpah taat setia Dr.Mahathir?, sedangkan dia adalah bapa kepada Mirzan dan kawan baik Eric Chia, Ting Phek King serta amat akur dengan Daim itu?. Adakah rakyat percaya sumpah Hafilda ? sedangkan dia telah diistihar bangkrap?. Adakah rakyat percaya sumpah Azizan di Mahkamah untuk bercakap benar itu dan kununnya di atas sedar cinta ugama dan negara dia mentohmah Anwar Ibrahim?, sedangkan dia ditangkap berkhalwat?. Adakah rakyat percaya kepada semua menteri dan exco UMNO(baru)/BN setelah mereka bersumpah di depan sultan dan raja masing-masing?, sedangkan selepas mengangkat sumpah, dikalangan merekalah yang ramai di dakwa rasuah?. Persoalan ini serius dan tidak boleh dianggap mudah oleh UMNO(baru)/BN. Merekalah yang mendurhakai sumpah dan apakah kekuatannya mereka bercakap dan memberi komen atas sumpah Murad Khalid itu sedangkan mereka terlebih dulu melanggar sumpah dan berbohong?.

Maka sumpah Murad itu tidak lebih bahkan lebih rendah dari sumpah yang pernah dibuat oleh semua yang disebutkan di atas itu. Adakah rakyat percaya dengan sumpah Murad Khalid itu sedangkan rakyat tahu dia sedang di dalam siasatan dan tuduhan rasuah berjumlah 200 juta itu?. Kalau sumpah Murad Khalid itu benar pun, rakyat sudah tidak percaya kerana 200 juta itu ada membelengu Murad Khalid. Mungkin orang UMNO(baru)/BN tidak percaya degan kenyataab itu kerana ianya tidak tercatat di dalam buku dalil 50 Khalid Jefri kenapa Anwar tidak jadi PM. Mahathir dan sekutunya mempercayai sangat dalil itu tetapi kenyataan Murad tidak ada dalam dalil-dalil itu.

Apabila akhbar memilih perkataan “KAWAL” di dalam headlinenya, maka jelas memang sumpah Murad dan pihak akhbar adalah berniat jahat dan kurang berhati-hati.

Sebelum 2.September.1998, Anwar Ibrahim ialah Menteri Kewangan. Logiknya, dia bukan saja bertanggungjawab atau seharusnya “KAWAL” 3 billion itu saja!, bahkan harta dan wang negara adalah tanggungjawab dan dibawah “KAWALAN” dan kekuasaanya!. Anwar Ibrahim lah yang membentang belanjawan dan orang lain tepuk meja tanda suka dengan belanjawan yang Anwar buat. Anwar bukan bentang belanjawan sejumlah 3 billion itu saja?. Kalau dia dikatakan “KAWAL” 3 billion ringgit itu, habis siapakah yang mengawal dan menguruskan harta lain?. Siapa?. Inilah logik dan agenda perang saraf saja-sajaan ciptaan UMNO(baru)/BN oleh Murad Khalid.dan Akhbar itu.

Atas sebab itulah Hang Tuah pernah diambil sebagai berkata “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali” itu adalah benar. Oleh kerana Anwar Ibrahim terlalu baik dan bukan berpada-pada dengan Mahathir maka kesan itu kena ke atasnya. Sebaliknya, oleh sebab sekali jahat dan zalim oleh Mahathir dan ianya diketahui serta difahami rakyat, maka rakyat sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun jika ianya melibatkan kepentingan Mahathir. Maka, kalau Nabi sudah dipersenda, Pahlawan melayu tidak diendah, siapakah lagi rujukan Mahathir?.

Sekian

muramozi