PERJUANGAN YANG PANJANG
- Cabaran untuk guru-guru

Sejarah kebangkitan rakyat terhadap sistem yang memerintah, lambat laun membabitkan  golongan guru-guru secara tersusun disebabkan  penindasan yang berpanjangan terhadap golongan itu sendiri. Ababila fenomena ini  berlaku, bererti kerajaan yang memerintah tidak  dapat bertahan lama lagi walaupun perlabagai usaha dibuat untuk menyokong dan memperkuatkan kedudukannya   Sejarah ini telah berlaku di Eropah, di Afrika, Latin Amerika dan juga di negara Blok Timur jajahan Russia satu ketika dulu. Kita juga telah melihat kejadian yang serupa di Philippina di zaman Marcos. Contoh yang paling baru dan segar di ingatan tentulah di Indonesia  yang menghasilkan perlantikan  Dr. Amien Rais sebagai Speaker Parlimen dan Haji Abdulrahman Wahid sebagai presiden.

Menentang satu establishment  pemerintahan kuku-besi yang lengkap dengan segala sumber tenaga pembohonngan bukanlah satu usaha sembarangan. Ia tidak mudah  tercabar oleh nekad semangat sahaja. Tidak juga dengan pendirian yang mantap ataupun perbarisan yang tersusun. Ia memerlukan satu nawaitu yang disaluti dengan ketakwaan yang unggul yang  pada tahap awalannya dan sehinggalah selesai perjuangan itu.

Contoh yang  paling baik di negara ini ialah sejarah  perjuangan ahli-ahli PAS yang sudah pun mencecah  lebih 53 tahun. Walaupun PAS  belum menjangkau usia itu, perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang PAS sebelum kelahiran parti itu sendiri melayakkan parti itu meraih kegemilangan perjuangan  mereka. Pengalaman yang mereka cedok dalam pertubuhan lain bagi mewujudkan PAS adalah satu perjuangan yang tidak boleh diketepikan semata-mata. Walaupun PAS berjaya menaklukki Kelantan di pemilu yang lalu, ia tidak dapat menarik minat para professional  Melayu di ibukota secara menyeluruh untuk satu waktu yang panjang. Malahan akhbar HARAKAH  pada satu ketika dulu merupakan akhbar yang dibaca oleh orang secara menyorok dari pengetahuan teman-teman, kerana gara-gara takut disalahtafsir. Kini, kegigihan para pejuang PAS terbayar, walaupun  kebangkitan itu nampak terserlah apabila terpenjaranya seorang insan yang pada satu ketika dulu  kerap menyelar perjuangan mereka.

Demikianlah juga halnya dengan para guru-guru yang kini berusaha nekad untuk membawa satu arus perjuangan  melunturkan satu pemerintahan kuku-besi yang sekian lama disaluti pembohongan dan perampokan terang-terangan oleh satu golongan manusia yang berhati syaitan. Apakah mungkin Laman Web Reformasi Pendidikan Negara diwujudkan seandainya MAHAFIRAUN tidak menganiaya seorang guru matematik di Kedah?

Saya tidak berniat mencari jawapannya kerana lagi  lambat soalan itu terjawab, lagi menebal suspens yang akan dicetuskannya.

Kini para guru-guru mempunyai laman Web sendiri "untuk sama berjuang menegakkan keadilan". Bukan mudah perjuangan itu. Ia memerlukan satu rencana yang perlu diatur rapi dan sentiasa diulangkaji untuk menguji ketahanannya. Jika tidak, rencana yang difikirkan rapi itu amat mudah sekali dipatahkan oleh satu establishment yang sememangnya banyak menggunakan taktik Yahudi dalam memusnahkan musuhnya.

Untuk memudahkan para guru menilai  cabaran dalam perjuangan yang dianggarkan panjang itu izinkah saya mengemukakan beberapa pendapat di bawah ini:

a) Penilaian keadaan negara dari perspektif  budaya hidup

Para guru harus menilai perkara ini secara  seriusnya. MAHAFIRAN dan para juaknya kerap menggunakan issu keselamatan negara sebagai topeng sahaja. Agen asing dan pengaruh asing menjadi mainan kata-kata mereka, sedangkan mereka sebenarnya menunjukkan ciri-ciri menjadi ajen asing. Kepada  orang Melayu, UMNO kerap menekankan perihal pentingnnya mengekalkan ketuanan Melayu sedangkan agenda ketuanan Melayu itu sebenarnya mahukan UMNO terus berkuasa. Kepada kaum  Cina dan India, mereka mengingatkan peristiwa Mei 13 sebagai  bahan gertak agar mereka terus mengundi calun Barisan  Nasional.

Kerana itu masyarakat Malaysia sedang dilamun ombak kekeliruan sekarang ini. Budaya menakutkan rakyat dirancang begitu rapi sekali oleh kerajaan yang memerintah sehinggakan timbul benci, meluat dan perasaan memberontak di kalangan golongan yang tertindas. Kerajaan sudah hilang arah untuk memerintah. Yang dipentingkannya ialah usaha menyokong kedudukan yang semakin membawa rebah.

b) Maklumat songsang yang berpanjangan

Untuk terus berkuasa, kerajaan BN terus memberikan penekanan kepada berita sensasi yang  tidak semestinya benar ataupun penting kepada rakyat. Inilah muslihat politik. Kerana itu, akhbar  arus perdana sudah tidak ada kredibilitinya lagi. Bayangkan apa akan jadi kalau akhbar itu dijadikan bahan rujukan pelajar pada satu hari nanti?

c) Tipu muslihat berpolitik

 Semua  urusan kerajaan adalah rahsia negara. Lihat di Amerika, semua surat menyurat presiden pun boleh dijadikan bahan kajian  pada satu masa yang tertentu. Kenapakah kita tidak diberikan  peluang ini? Kerana itu kita dapati MAHAFIRAUN dan konco-konconya bebas menyeleweng akan khazanah negara seolah-olah khazanah itu adalah harta bapak mereka.  Kita hanya dapat menghidu  sebahagian tipu muslihat ini setelah Anwar Ibrahim mendedahkannya.

d) Penyelewengan yang berpanjangan

Disebabkan terlalu banyak akta yang membendung kebebasan rakyat MAHAFIRAUN berjaya bertakhta dengan menyeleweng dan terus menyeleweng. Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat sedangkan raja-raja yang sepatutnya menjadi payung kepada rakyat pun tidak berupaya berbuat apa-apa?

Rakyat dibohongi dengan alasan yang tidak menentu sehinggakan rakyat sendiri tidak mampu untuk mencari jalan yang betul untuk mendapatkan kebenaran sesuatu issu. Lihat sahaja  apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Berbelas tuduhan yang ditohmahkan. Apakah bukti yang konkrit yang boleh menekan beliau sebagai seorang yang bersalah. Jawapannya  "Tidak ada Bukti". Tetapi, kenapakah beliau terus diseksa?

e) Pemerintahan yang Mabuk Kuasa

Rakyat boleh dikotak-kotekkan oleh MAHAFIRAUN laksana sampah sarap sahaja kerana budaya rasuah yang sungguh tinggi. Lihat apa yang sudah terjadi kepada institusi kehakiman, kepolisian, tentera, pentadbiran dan semua badan berkanun yang lain. Disebabkan mabuk kuasa itu bermula dari atas, orang bawahan pun ikut serta. Tidak  ada sedikit rasa malu dan sangsi akan perbuatan terkutuk itu.

Rakyat mudah disuap dengan pangkat, wang ringgit dan juga kuasa oleh kerajaan MAHAFIRAUN. Kerana itu kita lihat betapa seorang ketua pemuda UMNO   yang berlagak laksana singa sanggup bertukar wajah laksana cicak yang kehilangan ekornya.   Disebabkan mabuk kuasa juga kita lihat betapa  beberapa ulama handalan negara yang sanggup membiarkan sahaja perangai MAHAFIRAUN menghina nabi. Bukankah ini satu perbuatan yang terkutuk? Apabila Salman Rushdie menulis buku "The Satanic Verses," ramai pemimpin agama di negara ini yang mengutuknya. Tetapi, kenapakah tidak ada suara lantang di kalangan UMNO yang mengkritik MAHAFIRAUN di atas perbuatannya itu?

Disebabkan mabuk kuasa juga kita lihat betapa Rafidah Aziz kerap  berada di luar negara tanpa ada sesiapa yang mengkritiknya.   Apa gunanya kita menubuhkan beberapa pejabat perdagangan  kalau Mak Menteri harus selalu ke luar negara?  Menteri Perdagangan Amerika, Jepun dan Britaian pun tidak   ke luar negara begitu kerap seperti Rafidah.. Apa yang berlaku sebenarnya, tidak ada siapa yang mahu ambil tahu kerana kebanyakan orang  kita samada memang tidak mahu ambil tahu atappun memang tidak tahu pun. Itu sebabnya apabila Rafidah mengeluarkan AP untuk kroninya  mengimpot kereta daripada Korea dan menandingi Proton buatan sendiri, tidak ada sesiapa yang sanggup mengkritiknya secara lantang di parlimen. Malahan pengurusan Proton dan EON pun terus membisu. Kenapa? Kerana mereka bergantung padanya untuk mendapatkan AP.

Ironisnya  kerajaan Korea sendiri mengeluarkan arahan kepada para diplomat dan pelajarnya di luar negara (sejak dua puluh  tahun yang lalu)  untuk tidak membawa masuk kereta buatan negara asing. Rafidah tahu hal itu, MHAFIRAUN pun  tahu; tetapi, mereka tidak ambil peduli lansung kerana pemeberian AP adalah satu rupa sogokan untuk para kroni.

f)  Agenda yang Menghayalkan

Setiap hari kita membaca berita bagaimana seorang anak Melayu mencari keluarga asalnya daripada  kaum  China. Ini adalah berita yaag diberitahu. Masih banyak lagi cerita serupa yang diperam sahaja kerana pihak terbabit tidak mahukan pablisiti. Kekerapan cerita begini adalah kehendak Tuhan. Apakah pengajaran yang kita boleh dapat darinya? Ini menunjukkan bahawa ramai orang Melayu di negara ini yang  sebenarnya berdarah China totok. Ramai juga  orang Melayu yang mempunyai pertalian dengan orang asli seperti yang terserlah sejak zaman Raja Melaka dulu. Tetapi, kenapakah kerajaan BN tidak pernah mahu berusaha agar orang asli itu diserapkan sahaja sebagai rakyat bangsa Malaysia secara total. Kenapakah mesti ada jabatan orang asli? Inilah muslihat yang direncana oleh penjajah dulu. Kalau perkara yang amat mudah ini masih lagi menjadi muslihat negara, bayangkanlah apa lagi perkara lain yang dijadikan agenda terpendam MAHAFIRAUN?

Adalah amat mudah bagi kerajaan BN menimbulkan issu ketuanan Melayu. Ini adalah satu issu yang sensitif bagi mereka yang tidak tahu. Tetapi, kenapakah rakyat tidak mahu digerakkan dengan soalan kenapa MAHAFIRAUN tidak mahu menjejakkan kakinya ketika rakyat ditimpa bencana alam? Berapa kalikah kita pernah melihat gambar MAHAFIRAUN melawat rakyat yang dilanda banjir ataupun ditimpa bencana yang menyedihakan?

Rakyat hanya akan  menyedari sesuatu issu itu apabila ada sesiapa yang sanggup menggerakkannya. Jika tidak perkara itu menjadi non-issu sahaja. Inilah masalah kita yang amat rumit sekali , sekarang ini. Kerana itu MAHAFIRAUN menyangkakan kalau beliau menuduh Anwar meliwat rakyat akan percaya. Rakyat sebenarnya hampir percaya dengan tohmahan itu kalaulah Anwar sendiri tidak sanggup menentangnya. Mujurlah dengan keberanian Anwar itu, sekarang ini Allah telah mendedahkan satu persatu dan sedikit demi sedikit segala pekung dan kurap yang selama ini membaluti anggota para pemimpin kerajaan MAHAFIRAUN.

g) Terhakisnya Maruah Bangsa

Para politikus kerap bercakap tentang maruah bangsa. Tetapi, merekalah yang korup, yang suka tikam bangsa sendiri dari belakang. Mereka juga  yang menghabiskan wang negara denga projek membazir dan mengungkit cerita di mahkamah yang memerlukan belanja yang besar. Apakah  boleh diharapkan dari mereka sedangkan seorang Timbalan Perdana Menteri boleh dibiarkan terlantar dan didera tanpa mengambil kira maruah keluarganya? Inilah para pemimpin Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sekarang. Inilah juga   manusia yang mahu dipilih sekali lagi menerajui kerajaan. Gilakah mereka?

Cukuplah dulu dengan beberapa contoh di atas sebagai panduan untuk para guru mengorak langkah dalam membetulkan barisan mereka. Rakyat amat dahagakan panduan dalam menangani masalah hidup yang amat menekan masakini.  Kerana itu kita dapat lihat betapa rakyat sanggup menerima dua puluh ringgit untuk menaikki bas dan meramaikan manusia di perhimpunan fitnah BN di merata negara. Mereka hilang arah, dan masih mencari satu hala tuju yang dapat meyakinkan.

Terpulanglah kepada para guru untuk merencana barisan mereka agar menjadi satu golongan yang berpendirian tetap dan bersemangat tinggi yang dapat dihormati dan dikenang jasanya oleh generasi yang akan datang. Perjuangan guru-guru sebenarnya baru bermula. Yang pasti ia akan menjadi satu perjuangan yang panjang juga, akhrinya.

1.11.1999  -MT-