mohon nasihat
 
Asssalamualaikum,

            Baru baru ini seorang kawan saya telah di tuduh melakukan aktiviti atau perkara tertentu yang dikatakan bertentangan dengan kerajaan (Kabarnya seorang yang berpengaruh dikawasan beliau dan  K. Lumpur) . Dalam lain perkataan , beliau telah  dituduh melakukan aktiviti menentang kerajaan. Malah beliau telah dicadangkan kepada pihak atasannya, supaya ditukar kerja ketempat lain .

Soalnya:

1.   Bolehkah seorang penjawat awam (Pegawai kerajaan) dituduh  dengan begitu mudah tanpa perlu dikemukakan bukti  bagi pendakwaan tersebut. Maksudnya , saya rasakan menjadi tanggungjawab orang yang menuduh untuk membuktikan dakwaannya.   Atau , pihak kerajaan  atau beliau sendiri melalui badan perundangan Jabatannya  boleh menyaman  pengadu supaya membuktikan dakwaannya.
 

##    Ini akan dapat membela kedudukan pegawai kerajaan  yang mungkin akan     atau telah dianiaya .

2.    Bolehkah , pegawai atasan beliau mengambil tindakan penukaran (mungkin atas alasan untuk keperluan pentadbiran) hanya berpandukan sekeping surat dari pihak 'politician'.

Wassalam,

Mohon nasihat.

Kawe-kawe