ZAMFARA (UTARA NIGERIA) BERJAYA LAKSANAKAN SYARIAH.
 
Zamfara terletak di wilayah utara Nigeria. Kelantan yang terletak di wilayah utara/timur Semenanjung Malaysia.
 
Nigeria diperintah oleh seorang President beragama Keristian.  Malaysia diperintah oleh seorang (yang pernah mengaku ulamak) Islam.
 
Apabila Goverbor Zamfara (Sani) mengisytiharkan perlaksanaan hukum syariah pada 27.10.1999 (termasuk hudud) , President Nigeria tidak pun mengancam apa-apa kepada Zamfara. Apabila Kelantan berura-ura untuk melaksanakan syariah Islam, mereka diugut dengan pelbagai ancaman kacau-bilau.
 
Walaupun hanya terdapat 1% gulungan minoriti Kristian di Zamfara , tetapi bantahan mereka ini telah digembar-gemburkan oleh media BBC sedangkan President Nigeria sendiri (yang kuat berpegang kepada agama Kristian)  tidak beri sebarang komen.
 
Kalau balik pada senario di Malaysia, belum laksanakan lagi pun sudah diancam dengan pelbagai ugutan.  Mungkin  gulungan yang mengugut ini lebih takut dari ancaman Barat daripada ancaman ALlah s.w.t.
 
Nampaknya orang Kristian lebih menghurmati ajaran Islam daripada manusia-manusia munafiq yang ada di Malaysia ini.
 
 
Ir Muhandis.