Jika Indonesia Boleh, Mengapa Tidak Malaysia?

Umum sudah mengetahui ttg pemilihan Presiden Indonesia yg baru. Pihak alternatif sendiri menganggap pembaharuan@reformasi yg berlaku di Indonesia itu sebagai hikmah mendalam yg wajar difikirkan dgn serius oleh seluruh rakyat Malaysia amnya dan pencinta keadilan khususnya.

The Star dlm berita utamanya bertarikh 27 Oktober 1999  melaporkan, "Gus Dur's Cabinet Short In Experience But Long On Skills and Integrity" and "Market reacts firmly to new cabinet line-up." Jadi apa kesimpulan yg boleh kita perolehi dari berita utama tersebut?

Kita sedia maklum, media di negara ini seringkali melaporkan ttg keadaan politik Indonesia yg agak tegang berikutan tunjuk perasaan dan demonstrasi rakyatnya yg tidak berpuashati dgn kerajaan pimpinan Suharto dan Habibie. Mrk tanpa segan silu mengaitkan laporan negatif tersebut dgn tunjuk perasaan@rusuhan (menurut kamus BN dan Amno) yg berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia yg berbilang kaum sering diugut pemikiran mrk dgn kenyataan "Malaysia juga akan huru-hara jika keadaan politik tidak stabil," dan "Kita tidak mahu tragedi 13 Mei 1969 berulang kembali" yg turut menjadi mainan ceramah BN dan Amno.

Kita telah melihat dgn jelas, rakyat tidak akan selamanya mampu hidup serba kekurangan dan susah sedangkan minoriti mrk yg bergelar kroni kpd pemerintah hidup senang lenang tanpa mahu menundukkan pandangan mrk melihat dan memahami kesusahan rakyat terbanyak. Sewaktu Suharto dan Habibie memerintah, media dan pemimpin negara ini sibuk mengecam rakyat Indonesia yg dikatakan tidak tahu bersyukur @ berterimakasih kpd kedua-dua pemimpin tersebut tetapi apabla kedua-duanya jatuh, media dan pemimpin negara ini sibuk pula memuji Presiden Indonesia dan kabinet mrk yg baru (bukan talam dua muka ke ni?) terutamanya "Pemimpin Agung" Amno dan BN.

Realitinya, apa yg berlaku di Indonesia juga pastinya boleh berlaku di sini. Kacau-bilau yg berlaku di Indonesia hanya disebabkan oleh mrk yg tidak tahu menghormati suara terbanyak dan jika ini juga berlaku di negara Malaysia tercinta ini, kita pasti kan tahu siapa yg bertanggungjawab sepenuhnya.

Kita tidak perlu risau mengenangkan apa akan berlaku jika Alternatif menang sebab Parti Alternatif punya tokoh-tokoh berwibawa dari segenap aspek kehidupan yg mampu memimpin negara ini jauh lebih baik dari pemimpin Amno dan BN sekarang ini. Kita lihat saja pemimpin Amno sekarang ini: Megatron, Demon, Mahadead, Anus dll. Apa sumbangan mrk ke arah kesejahteraan rakyat dan negara. Saya tidak katakan tiada, tetapi majoriti pemikiran mrk adalah utk sesuatu yg boleh melonjakkan nama mrk dan nama negara di mata dunia walhal kehidupan rakyatlah yg sepatutnya menjadi agenda utama mrk. Akibatnya, negara kita masih dgn isu dadah, masalah setinggan, rakyat termiskin dan lain- lain masalah lagi yg sepatutnya sudah boleh dihapuskan selama 42 tahun BN memerintah negara ini.

Tiada perkara buruk yg akan berlaku jika Alternatif menang. Dunia pasti akan menghormati keputusan majoriti negara ini sebagaimana mrk menghormati keputusan rakyat Indonesia. Mrk yg bersalah mencetuskan kacau-bilau dan menyalahgunakan kuasa dan mandat yg diberi oleh rakyat sewaktu memerintah akan dibicarakan dgn adil dan dihukum dgn hukuman yg setimpal, tidak kira apa jasa mrk kpd negara ini.

Apa tunggu lagi? Tidak perlulah lagi kita berada di atas pagar. Tetapkan iman dan pendirian kita utk menyokong mrk yg sederhana pemikiran politiknya (Alternatif) dan kita humbankan jauh-jauh mrk yg menggunakan politik utk kepentingan individu (BN.) Rakyat Indonesia telah menunjukkan apa yg mampu mrk lakukan dan apa itu kuasa rakyat maka sudah semestinya rakyat negara ini juga mampu melakukan sebaik mrk.

Menteri Kewangan kita dlm ucapan belanjawannya mengatakan, "Robohnya Kota Melaka adalah disebabkan oleh pengkhianat dari dalam…" dan kita juga tahu Malaysia akan roboh juga jika "pengkhianat-pengkhianat" negara (pemimpin kerajaan yg bersandiwara seolah-olah menolong rakyat walhal merekalah petualang sebenarnya)dibiarkan terus berkuasa.

Kita mahu Malaysia terus maju, makmur dan aman. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan doa kita utk Parti Alternatif  yg memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan rakyat terbanyak dan bukannya utk dacing yg sudah lapuk dan tidak lagi relevan dlm membangunkan negara ini dlm keadaaan seimbang dari segi spiritual, mental dan material. Kita akan hukum mrk yg cuba menjadi barua utk mencetuskan sesutu yg tidak diingini di negara ini.

Takbir, takbir, takbir.

IBN.
Johor Darul Ta'zim.