Rais Yatim Tak Tahu malu!
 
Assalamualaikum,
 Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan salam sejahtera dan salam reformasi kepada semua pengunjung laman yang 'panas' ini. Sebelum saya melepaskan geram, ingin saya pohon maaf kepada semuapenyokong UMNO, kalau-kalau terasa dengan apa yang saya utarakan ini.Nampak gayanya orang-orang UMNO sudah tidak senang duduk. Mana-mana ceruk kalau pergi pun, masih terdengar lagi laungan takbir, tak kira di bandar atau pun di kawasan desa.

 Baru-baru ini, salah seorang 'geng katak' iaitu Dr Rais Yatim (katak kelas pertama yg pakar membakar jambatan) datang memberikan ceramah di kawasan Rapat Setia, Ipoh (kaw. parlimen Gopeng). Untuk pengetahuan semua, Rapat Setia merupakan salah satu kawasan yang aktif dengan aktiviti2 PAS. Kira-kira silap besarlah DR Rais Yatim buat ceramah di sini. Saya berkesempatan mengikuti ceramah beliau yang bertajuk 'Ceramah Melayu Ke Arah Baru'. Bukan main hebat lagi beliau berceramah. Nak pecah telinga-telinga orang yg mendengarnya. Ramai juga penonton yang datang. Tapi ramai lagi penonton semasa ceramah PAS oleh Ustaz Ismail Kamus sebelum ini. Penonton yang pula, rata-rata orang luar yang diangkut, entah dari mana. Nak tanya berapa bayaran yang dapat, takut kene pelempang pulak.

 Ceramah tersebut bermula selepas Isya'. Pada mulanya, saya tidak tahu ada ceramah di situ. Mujurlah ada seorang rakan yang memberitahu saya. Apabila tiba di situ, barulah tahu yang berceramah ialah Dr Rais Yatim. Puh....memang berapi ceramah beliau. Tapi berapi lagi ceramah oleh penceramah BA.  Apa yg diutarakan beliau ialah berkenaan sejarah perjuangan politik org melayu. Tak habis-habis ampu UMNO. Dia kata, (kununnyer)hanya UMNO yang mampu membela nasib Melayu. Yang lain-lain tu buat kacau daun sahaja. Dia kata lagi, parti2 terdahulu seperti Parti Negara (diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar), PAS sampailah KeADILan dan PRM hanya memecah-belahkan orang Melayu sahaja, menjadikan org Melayu hidup berpuak-puak. Kira-kiranya hanya UMNO sahaja yang layak membela nasib orang Melayu kita. Yhaarkhh....nak muntah kita dibuatnya.

 Wahai Dr Rais, cubalah sedar sikit siapakah diri awak tu dahulu. Kalau betul hanya UMNO yg membela Melayu, mengapa pula awak dan Ku Li keluar UMNO dan tubuhkan PMS46 dahulu dan menyebabkan orang-orang Melayu berpecah kepada dua puak? Kalau sedar diri tu, janganlah pandai2 nak kondem, kutuk parti2 alternatif yang ada sekarang. Tak malukah kepada rakyat Malaysia apabila melihat seorang ahli profesional dan politician seperti awak, meludah kahak kemudian menjilatnya kembali? Uwweeeeekkk.....nak  muntah kita dibuatnya.

 Akhir kata kepada Dr Rais Yatim, berhati2lah semasa berceramah. Silap-silap badan awak yang binasa nanti.

Pemerhati Bebas

=====