Isu Kenyataan sibadut murad 'murai nazak':Sokongan Tak Berbelah Bagi Untuk DSAI
 
Assalamu'alaikum

Salam perjuangan bagi memerangi kezaliman dari kami sekeluarga dari Pahang. Syabas diucapkan kpd Mahazalimtwo atas segala usaha yg tak mengenal erti sengsara demi cita yg murni ini dari kami semua. Doa ikhlas dari kami semua semuga Allah memberkati perjuangan mu, Insya Allah.

Walaupun berita dari agensi penyiaran BN cuba sedaya upaya mengeluarkan isu-isu baru tentang keburukan DSAI & BA.Terbaru -kenyataan murad- namun kami sekeluarga dan kenalan-kenalan yg mengikuti perkembangan semasa dari mula lagi tidak akan dapat dipengaruhi,tidak akan percaya dan sekali-kali tidak dapat menerima berita sedemikian. Kami anggap itu semua satu lakonan yg sengaja diadakan oleh mereka kerana sudah terdesak.Kami anggap si badut murad itu telah dibeli,diugut,di........macam-mcam lagi dan dia kami anggap seorang tidak punya hargadiri dan maruah,Semuga sibadut murad ini sedar kesilapannya sebelum terlambat. Bertaubatlah, Allah Maha Kuasa.Kami tetap bersama mu sehingga berjaya menjatuhkan BN.

Kami disini berjaya memberi sedikit sebanyak penerangan kpd kaum keluarga dengan membuat seberapa banyak salinan fotostat dan mengedarkan kpd mereka. Segala petikan dari Laman Refomasi kesayangan ini kami edarkan kpd seramai yg boleh. Ada ketika juga kami menghadiri ceramah, kami membeli kaset ucapan dan diedarkan juga kpd saudara mara dan kenalan untuk mereka dengar sendiri.

Itulah antara pertolongan yg dapat kami hulurkan bagi membantu dalam merealisasikan perjuangan murni ini. Teruskanlah perjuangan mu wahai saudara. Jika ada lagi pertolongan yg diperlukan dan jika termampu oleh kaimi sekeluarga, silalah beritahu. Insya Allah kami akan cuba sedaya upaya menghulurkan dengan rela hati.
 

Wassallam.

Keluarga keADILan-Pahang.