SYUKUR LESEN TV DIMANSUHKAN
 
Sebagai saorang pegawai kerajaan, saya sungguh bersyukur apabila belanjawan yang dibentangkan oleh Daim telah memberikan bonus satu bulan gaji ( walaupun ditolak RM 600.00 yang sedang diberikan secara beransur-ansur ),menaikkan potongan cukai pendapatan persendirian dari RM 5,000.00 kepada  RM 8,000.00 dan memberi kenaikan gaji sebanyak 10 peratus bermula tahun depan. Memang kakitangan kerajaan patut bersyukur atas pemberian ini TETAPI

KITA BUKAN HARUS BERSYUKUR KEPADA MANUSIA YANG BERNAMA MAHATHIR, SEBALIKNYA KITA

 WAJIB BERSYUKUR KEPADA ALLAH SAHAJA KERANA HANYA ALLAH YANG MEMBERI REZEKI

KEPADA KITA; MAHATHIR HANYALAH SAORANG MAKHLUK CIPTAAN ALLAH. BERSYUKUR KEPADA

MANUSIA MEMPUNYAI SYARAT IAITU SELAGI MANUSIA ITU TIDAK MELANGGAR  BATASAN AGAMA.

TETAPI KALAU DAH MENGHINA AGAMA SEPERTI MAHATHIR APA PERLU  KITA BERSYUKUR KEPADA

ORANG TUA ITU MALAH WAJIB KITA TENTANG DAN HAPUSKAN.

Saya lebih rela tidak mendapat bonus dan lain-lain kenaikan asalkan mempunyai pemimpin yang takut kepada Allah dan rasulNya. Apalah sangat kemewahan di dunia ini berbanding dengan kehidupan di akhirat. Apakah bonus yang dikeluarkan itu datang dari poket Mahathir atau Daim?

Sudah tentu tidak. Malah kalau hendak dibandingkan bonus sebulan gaji dengan apa yang diperolehi oleh Mahathir dan Daim rasanya jumlah bonus itu terlalu kecil.

Bukankah kita rakyat biasa juga menyumbang kepada pendapatan negara? Kita membayar berbagai-bagai cukai dalam setahun contohnya; cukai pendapatan, cukai jalan, cukai pintu, lesen TV, lesen memandu dan membayar tol sepanjang tahun. Kadang-kadang kita terpaksa membayar kompaun kereta beratus-ratus ringgit dalam setahun hanya untuk memperbaharui cukai jalan. Jadi bonus satu bulan memang hak kakitangan kerajaan dan Mahathir dan Daim  tak payahlah rasa berbangga sangat dengan pemberian tersebut. Seperkara lagi yang saya sungguh gembira tentang belanjawan ini ialah pemansuhan lesen TV.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan pengunguman Daim  ini kerana sudah tidak ada apa-apa program di TV yang munasabah yang berguna  untuk ditonton sekarang kecuali program-program yang menyuruh kita menyokong  pemimpin UMNO.Saya sendiri sudah tidak menonton TV sejak kes pemecatan DSAI kerana program-program yang ada sungguh meloyakan. Hendak melihat muka  Mahathir keparat itu lagi rasa nak muntah, jadi membazir sahaja membayar  lesen TV jika tidak menontonnya.

KEPADA SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN SAYA MENGINGATKAN SUPAYA BERSYUKUR KEPADA

ALLAH DI ATAS REZEKI YANG DIBERIKAN TETAPI PADA MASA YANG SAMA KITA JATUHKAN

PEMIMPIN YANG MENGHINA AGAMA ALLAH DAN RASULNYA.
 

PEGAWAI KERAJAAN PRO-REFORMASI