Kisah JKKK Pulau Tuba

Ketidakadilan sentiasa berlaku di pulau kesayangan Sanusi ini walaupun jarang sekali dikunjunginya.Pun begitu segala rintahan penduduknya yang ditindas dan diperbodohkan oleh JKKK tidak diendahkan,malah JKKK lebih dipercayainya.Segala luahan penduduk tidak mendapat pembelaan yang wajar daripada pihak yang bertanggungjawab.

          Penduduk pulau ini rata-ratanya miskin yang layak menerima bantuan PPRT,tetapi mereka tidak dipedulikan.Mereka yang menerima amanah sebagai JKKK hanya melonggokkan bantuan yang diterima kepada sanak saudara dan kaum kerabat mereka sahaja.Kekadang terdapat bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan diberi pada orang yang telah mendapatnya.Maka kenyanglah 2 kali  makan.Tetapi Sanusi tidak menghiraukan keadaan ini.

          Hasil tinjauan kedapatan 90% penduduk mencemuh JKKKK kerana ketidakadilan mereka dalam menjalankan tugas ditambah pula sikap dan  kelakuan mereka yang buruk.Pihak berkuasa diseru agar mengambil tindakan terhadap yang terlibat.Tidak sepatutnya pemimpin seperti ini terus diberi kuasa kerana mereka tidak mengenal erti keadilan.

          Suatu yang menghairankan,di Pulau Tuba  yang kecil ini terdapat 3 pengerusi JKKK dan terdapat 3 cawangan UMNO.Tetapi yang menjadi persoalan,kenapakah masih berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan kepada penduduk yang miskin.Adakah ini merupakan arahan daripada pihak atasan?

           Sudah semestinya penduduk Pulau ini termasuk yang bekerja diluar menukar kepimpinan yang ada kepada yang baru demi keasdilan untuk semua masyarakat Pulau Tuba ini.

SB Pro