Wan Zahidi Wan Teh Otak Berkarat
 

Saya tidak sangka sama sekali Wan Zahidi Wan Teh yang ada PhD bidang agama itu sekarang turut menjadi tali barut Mahafiraun Si Mamak Tongkang

Saya tidak sangka sama sekali Wan Zahidi Wan Teh yang ada PhD bidang agama itu sekarang turut menjadi tali barut Mahafiraun Si Mamak Tongkang. Saya hanya tahu perkara ini apabila terbaca dalam Laman Mahafiraun 2020. Menurut penulis tersebut, Wan Zahidi mengatakan Mahafiraun Si Munafik Besar berhak membunuh Anwar kerana Mahafiraun itu ulil amri.

Walaupun tidak menyangka akan penglibatannya dengan Mahafiraun Si Yahudi Melayu ini sekarang, tetapi sebenarnya saya tidak terkejut apabila ada pendedahan mengenai pegangan Wan Zahidi ini. Mengapa saya mengatakan demikian? Dengar ini cerita

Wan Zahidi Wan Teh pernah terlibat dalam perdebatan ilmiah mengenai isu keagamaan dengan dua orang pensyarah lain yang juga bergelar "ustaz". Perdebatan secara bertulis ini disiarkan oleh salah sebuah media tempatan. Ketika itu Wan Zahidi ini sudah pun bergelar "Dr". Manakala salah seorang pensyarah pengajian Islam yang lawan berdebat dengannya itu juga bergelar "Dr." juga pada waktu itu. Seorang lagi pensyarah pengajian Islam yang lawan berdebat dengan Wan Zahidi itu adalah seorang yang sangat dihormati dan disegani dan guru kepada Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Salah satu hujah Wan Zahidi yang rapuh ialah "ahli sunnah wal jamaah adalah pengikut Muawiyah". Ternyata kenyataan Wan Zahidi ini didebati hebat oleh kedua-dua ustaz berkenaan. Kita percaya, tak ada biji mata di kalangan ulama dan sarjana Islam yang mengaku demikian. Maksudnya, tidak ada ulama dan sarjana Islam yang waras sanggup membuat perakuan sedemikian. Kerana apa? Kerana kita sendiri pun tahu siapa Muawiyah. Memang Muawiyah berlainan pihak dengan Syiah, dan ada kepercayaan umum bahawa Syiah itu pula berlainan pihak dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi adakah dengan demikian, itu membawa makna bahawa Ahli Sunnah itu pengikut Muawiyah? Ini tidak benar. Kita Ahli Sunnah pun malu hendak mengakui bahawa kita ini pengikut Muawiyah. Malah, bukan sahaja malu, bahkan kita tidak mahu orang menghubungkan kita Ahli Sunnah dengan Muawiyah. Apatah lagi kenyataan sejarah tidak pernah mengatakan Ahli Sunnah itu pengikut Muawiyah

Muawiyah bukan sahaja fasik tetapi kejam dan penipu besar. Berapa ramai korban umat Islam di tangannya. Kenyataan sejarah mengakui hakikat ini. Jika Wan Zahidi mengatakan Muawiyah adalah pengasas Ahli Sunnah, maka Ahli Sunnah ini penyokong kefasikan, penyokong kekejaman dan penyokong penipuan? Alangkah malunya kita Ahli Sunnah apabila dikatakan demikian oleh Wan Zahidi. Sebenarnya, sebahagian besar ulama-ulama Ahli Sunnah yang sezaman dengan Muawiyah tidak pernah menyokong kerja-kerja terkutuk Muawiyah itu. Hanya segelintir ahli agama su' (ulama su') semacam Wan Zahidi, Hamid Othman dan Yusof Noor yang duduk bertimpuh di bawah dagu Muawiyah mengharapkan imbalasan dan kemewahan.  Manakala ulama-ulama yang lebih berani bangun menentang Muawiyah, lalu dicap sebagai pengikut Syiah padahal mereka itu sebenarnya bukan pengikut Syiah walaupun memang benar pengikut Syiah pada masa itu menentang hebat regim Muawiyah.

Apabila ditentang hebat oleh kedua-dua pensyarah pengajian Islam itu melalui hujah-hujah yang kuat berdasarkan fakta sejarah dan dalil-dalil, maka Wan Zahidi pun tidak muncul-muncul lagi berdebat dengan kedua-dua ustaz ini. Sekali saja muncul melalui tulisan, terus sunyi sepi. Ahli akademik atau pensyarah universiti apa semacam ini? Buat kenyataan sembrono; apabila dihujahi, terus menikus!

Oleh itu, jangan hairan sangat kalau Wan Zahidi Wan Teh ini kemudian muncul sekarang dengan pegangan yang membela "Muawiyah" Malaysia.

Apabila Wan Zahidi menganggap Muawiyah adalah ulil amri dan membelanya sebagai pengasas Ahli Sunnah, maka ini bermakna Wan Zahidi adalah penyokong pemerintah walau sejahat mana, walau sekejam mana dan walau sefasik mana pemerintah itu hanya semata-mata kerana pemerintah itu bergelar "ulil amri". Aduh, otak berkarat betul orang semacam ini. Ada PhD tetapi tidak melambangkan otak bergeliga. Macam budak-budak yang masih undergraduate. Malah, ada budak-budak undergraduate yang lebih bergeliga daripada Wan Zahidi Si Otak Berkarat ini.

Memang benar, ulil amri boleh membunuh pengacau. Tetapi bolehkah Wan Zahidi mengatakan Mahafiraun Si Yahudi Melayu ini ada haq di sisi Islam untuk membunuh Anwar? Bolehkah Mahafiraun Si Tua Laknat itu digelar ulil amri? Tidak boleh. Memanglah perkataan "ulil amri" itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "pemerintah". Tetapi jangan main pakai terjemahan saja. Nampaknya Wan Zahidi Si Otak Berkarat ini main terjemah secara harfiah. Walaupun pemerintah itu kafir, Wan Zahidi akan taat setia dan menyokongnya kerana ia itu pemerintah. Bukankah pemerintah bererti "ulil amri"? Bodoh bangang Si Otak Berkarat ini.

Ulil amri (pemerintah) di sisi Islam adalah pemerintah yang mematuhi syariat Allah baik bagi dirinya sendiri, keluarganya dan negara. Mahathir itu bukan ulil amri dari sudut Islam sebab dia menghina Rasulullah s.a.w., menghina undang-undang Allah, keluarganya pun fasik (lihat saja Cik Siti Hasmah yang berambut palsu dan Marina yang mengandung anak haram) dan dia sendiri pun entah sembahyang atau tidak. Kata setengah orang, Mahathir ini atheis (tidak percaya kepada Tuhan) - alasannya, dia terlalu segan nak sebut kalimat "Allah" sebab itu dia tidak pernah sebut nama itu; dia hanya sebut "Tohan" (sebutan dalam bahasa Melayu ialah "Tuhan" bukan "Tohan").

Wahai Wan Zahidi Wan Teh, kamu ini sama macam ahlil kitab zaman nabi-nabi silam - mereka arif dalam agama tetapi menyeleweng hanya kerana mengharapkan kemewahan sang maharaja dan mengekalkan pangkat yang diberi maharaja. Itulah taraf kamu. Jangan harap title "Dr." kamu dalam pengajian Islam itu dikagumi dan disegani. Di kalangan rakan-rakan sejawat kamu di Fakulti Pengajian Islam UKM pun tidak menyegani ilmu kamu. Sebab itu kamu tersisih dan tidak selesa di UKM, lalu bertukar angin menjadi pembodek ahli politik. Ketahuilah (memang kamu pun sudah sedia ketahui) ilmu kamu itu akan membakar kamu di akhirat kelak. Kamu mendapat penyeksaan dua kali ganda berbanding orang awam sebab kamu menyesatkan orang dengan ilmu agama kamu.