Afidavit, Akuan bersumpah akan muncul lagi, tapi.....
 
Mahathir dan Murad,  Tidak payah Akuan Sumpah, Buktikan sahaja. Dah Setahun masih belum boleh mencipta ke!!!!

Keyataan Murad semalam tidak mengemparkan, malah saya menanti akuan-akuan bersumpah dan afidavit-afidavit lain yang akan keluar tidak lama lagi. Mungkin esok lusa Zahid Hamidi pula , kerana tekanan menjadi bekas MP Bagan Datoh mengaku diliwat oleh Anwar dan Sukma.

Para rakyat yang simpati pada nasib Anwar Ibrahim serta keluarga dan sahabatnya bukan bersimpati kerana taksub. Mahathir harus sedar bahwa sebelum beliau menfitnah Anwar Ibrahim, Mahathir merupakan pemimpin yang sungguh popular. Tidak payah dibandingkan dengan Anwar. Mahathir tidak payah dengan angkuh menfitnah Anwar.

Malah jikalau pada esoknya empat orang saksi yang logik atau satu bukti yang kukuh dan asli dapat menentang kenyataan serta memperjelaskan perilaku dan sifat sebenar Anwar Ibrahim golongan sympathiser ini lah yang akan berpaling tadah terhadap Anwar Ibrahim. Pada masa itu keluarga Anwar Ibrahim dan sahabatnya mungkin terpaksa meninggalkan negara ini untuk keselamatan diri mereka sendiri.

Tetapi yang jelas Mahathir serta badut-badutnya telah bengkrap dengan idea dan tertekan (desperate).didalam usaha jahat mereka.

Keluarkanlan seribu akuan bersumpah pun tetapi akuan bersumpah tetap sebuah akuan bersumpah sahaja, beberapa keping kertas kosong yang tercakar dengan motif. Yang memberi nafas serta tenaga pada sesebuah akuan bersumpah ialah bukti yang kukuh dan asli. Sepatutnya Murad sediakan sekali Salinan salinan bukti bersama cakaran hasil mentalitinya yang daif yang mencermin kan ketakutan serta ketidak imanan ( kerana tiada saksi atau bukti yang sah).

Akuan bersumpah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Tetapi cara yang lebih bijak ialah cara Anwar Ibrahim. Tidak payah akuan bersumpah, keluarkan sahaja bukti. Habis cerita.