Guru Malaysia: Selamatkan Masa Depan Generasi Kita.

Satu lagi kes yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan. 4 orang kakitangan pendidikan Kelantan telah ditukarkan kerana "kununnya" menentang kerajaan. Seorang ditukarkan dari Kelantan ke Pulau Ketam,Selangor. 3 orang lagi antara daerah dalam Kelantan. Begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Kenapa sekarang ini AMNO dan BN amat takut dengan guru-guru? Kes-kes pertukaran yang berlaku seperti hari ini tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah politik negara. Saya masih ingat idea menukarkan guru-guru keluar dari daerah mereka lahir ketika perhimpunan Agung AMNO yang lalu. Jelas nampaknya ia adalah idea parti politik? Yang peliknya pertukaran ini amat bertentangan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiasuaha Negara (KSU). Dalam pekeliling itu mengatakan bahawa "kakitangan kerajaan tidak boleh terlibat dalam mana-mana parti politik, mereka hendaklah berkecuali". Nampaknya kerajaan Malaysia di bawah MAHADAJAL ini hanya mengambil tindakan menukar guru-guru yang disyaki anti AMNO dan BN. Kalau sokong AMNO tak apa.

Bukti jelas sebagaimana yang dilaporkan dalam ruangan internet MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM bahawa ada seorang Guru Besar SK Syed Jan, SG.Layar Sg.Petani,Kedah yang menjadikan rumahnya Bilik Gerakan BN Sungai Petani. Ada bendera AMNO terpampang di pagar rumahnya? Kenapa pihak Kementerian  Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengambil tindakan? DI MANA KEADILAN?  Keadaan ini menyebabkan guru-guru semakin marah!!! MAHADAJAL juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan hendaklah berkecuali dan jangan terlibat dalam mana-mana parti politik?

Soalnya kenapa tindakan diambil tidak selaras? Sokong AMNO tidak apa, sokong pembangkang ambil tindakan?

Sahabat-sahabat guru sekalian,
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya.Di atas permukaan bumi Allah SWT mengurniakan kepada Malaysia dengan pelbagai tanaman yang boleh dikomersialkan.Umpamanya getah,kelapa sawit,koko,padi dan lain-lain.DI perut bumi Allah SWT kurniakan kepada Malaysia dengan bijih timah,emas dan lain-lain. Di lautan kita ada petroleum. Negara kita jauh dari bala bencana, kecualilah banjir di beberapa negeri yang berlaku.

Sayangnya, negara kita ini diuruskan oleh bajingan-banjingan AMNO dan BN yang tidak amanah, sapu harta dan wang rakyat,salah guna kuasa.Kita yang beri kuasa kepada mereka, sepatutnya mereka menjaga kebajikan dan  keselamatan kita!!Sebaliknya tidak, mereka menjadi perompak dan penyangak kepada rakyat.Rakyat hidup dalam kesusahan.Mereka perkenalkan bermacam-macam sistem yang boleh menguntungkan mereka. Mereka lanyak dan ganyang khazanah negara demi kepentingan keluarga dan anak pinak mereka!! Mereka mansuhkan biasiswa! Mereka kenakan caj kepada pesakit di hospital! Apa yang orang Melayu dapat!!! setiap hari kita kena bekerja untuk menyara anak bini.Bayar  itu dan bayar ini.Pemimpin-pemimpin AMNO dan BN duduk bersuka ria merancang untuk mengumpul kekayaan.....Anak-anak sahabat guru kita yang dapat cemerlang dalam SPM dan STPM tidak dapat masuk universiti kerana tiada wang.Sepatutnya dapat biasiswa. Mana perginya kemudahan itu?

Sedarlah wahai para guru..semakin hari kita ditipu. Hak kita sedikit demi sedikit diambil oleh MAHADAJAL dan krono-kroninya.Kita mahukan negara ini diuruskan oleh pemimpin dan kerajaan yang jujur dan amanah. Bukannya seperti AMNO dan BN. Kita sayangkan negara kita.Kita sayangkan masa depan anak cucu  kita.

KALAU KITA MAHU SELAMATKAN MEREKA, MAKA PASTIKAN KITA TUKAR PENGURUS KERAJAAN

DARI BN KEPADA BA!!!YANG PENTING NEGARA DAN KHAZANAH DI DALAMNYA  SELAMAT!!!
 

Guru Berwawasan.
Kota Tinggi,
JOHOR.