CIKGU ABD.WAHAB : SUMBER INSPIRASI GURU-GURU PAHANG.
 
Hampir dua bulan Cikgu Abd.Abd.Rahman, Penyelia Petang, SK Pianggu, Kuala Rompin berada di negeri kelahiran pahlawan Melayu terbilang,Mat Kilau dan Dato'Bahaman. Seperti biasa tugas yang diamanahkan kepadanya tidak pernah beliau abaikan.Beliau adalah seorang pendidik yang berwibawa. Patuh kepada negara.Menghormati dan luhur kepada kehendak-kehendak masyarakat. Beliau sayangkan Malaysia, sayangkan rakyat yang berada dalam negara Malaysia, sayangkan sumber-sumber negara yang Allah SWT kurniakan. Seorang pemikir bagi masa depan anak bangsa dan juga masa depan negara.

Walaupun berada nun jauh di perantauan dalam keadan terbuang akibat kezaliman,kebaculan dan  UMNO dan BN, namun semangat dan daya juang Cikgu Abd.Wahab tidak pernah luntur. Hatinya cekal.Beliau sedar biarlah beliau korbankan seluruh jiwa raganya demi kebenaran dan kemenangan Islam. Beliau benci melihat kezaliman dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO dan BN secara berterusan. Sebab itu atas nama kebenaran dan hak sebagai rakyat Malaysia, Cikgu Abd.Wahab bangun menentang UMNO dan BN. Itulah salam pengenalan saya buat kali pertama apabila berbicara dan mengenali cikgu Abd.Wahab ketika berkunjung ke "hotel" 5 bintangnya di Rompin semalam.

Guru-guru di Pahang semakin lama berduyun-duyun memberi sokongan kepada Cikgu Abd.Wahab dan Barisan Alternatif. Bagi mereka Cikgu ABd.Wahab adalah lambang perjuangan guru-guru. Guru-guru di Pahang boleh dikatakan hampir 90% bersama dengan Barisan Alternatif. Suntikan semangat dan keberanian Cikgu Abd.Wahab amat menakjubkan. Sikapnya yang tegas dan ikhlas menyebabkan beliau sentiasa menjadi sumber inspirasi guru-guru di Pahang. Belum pernah saya sebagai anak jati Pahang melihat kebangkitan guru-guru sedemikian rupa. Hinggalah apabila nama Cikgu Abd.Wahab dan kisahnya terpapar dalam internet,menyebabkan ianya tersebar dan menaikkan semangat guru-guru di Pahang untuk menentang kezaliman dan kedurjanaan UMNO dan BN.

Berani saya katakan apabila Parlimen dibubarkan, pastinya para guru di  Pahang akan bertungkus-lumus berkempen dan berusaha untuk menumbangkan UMNO dan BN. Senario politik kini telah berubah. Setiap kali berceramah Cikgu Abd.Wahab pasti akan mengungkapkan kalimah bahawa " Saya terbuang ke sini bukannya kerana saya menentang kerajaan,sekiranya saya menentang kerajaan sudah tentu saya akan musnahkan segala harta benda milik kerajaan, saya akan bakar sekolah dan letupkan bom di sana-sini, tetapi yang saya tentang ialah UMNO dan BN. Kerajaan ialah rakyat.Rakyat yang menentukan kerajaan. Saya akan lawan sehingga UMNO dan BN tumbang dan terkubur selama-lamanya dari bumi ini".

Itulah kata-kata semangat yang selalu diluahkan oleh Cikgu Abd.Wahab dalam setiap ceramahnya pada setiap malam. Kata-kata perangsang ini bukan sahaja menambah simpati guru-guru di Pahang kepada Cikgu Abd.Wahab, malah semakin menambah kebencian para guru dan kakitangan kerajaan yang lain kepada UMNO dan BN.

Dalam ceramah beliau semalam, Cikgu Abd.Wahab turut mengulas mengenai Belanjawan 2000. Menurutnya wang yang diberikan atau diperuntukkan oleh kerajaan kepada kakitangannya adalah wang rakyat. Bukannya wang UMNO dan BN!! Sepatutnya kakitangan kerajaan boleh mendapat faedah lebih banyak lagi daripada apa yang dibentangkan. Ini kerana katanya Perdana Menteri memberikan RM1.8 juta kepada seorang anaknya!! Samy Vellu buat kenduri kahwin anaknya dan belanja duit kerajaan hampir RM1 juta ringgit? Itu semua duit rakyat!!Rakyat bayar cukai itu dan cukai ini!! Rakyat bayar bil itu dan bil ini. "Apapun bentuk belanjawan, yang pastinya para peneroka tak dapat  apa-apa? Kalau tak menoreh getah dan kait kelapa sawit, alamat tak makanlah anak bini di rumah" kata Cikgu Abd.Wahab.

Bagi kakitangan kerajaan, sepatutnya gaji sudah lama dinaikkan!! Ini kerana PM dah katakan bahawa negara kita negara maju,bukan lagi negara membangun. Kalau negara maju bermakna pendapatan kakitangan kerajaan dan rakyatnya mesti RM2500.00 (Dua Ribu Lima Ratus) sebulan.Kakitangan kerajaan yang  bertrungkus-lumus bekerja menjayakan dasar kerajaan seolah-olah diperah dan diperas tenaga mereka. Bayaran yang dibayar tidak setimpal.Kalau guru keluar Maktab baru RM980.00 sebulan, keluar univerisiti RM1,300.00 sebulan. Sepatutnya yang keluar maktab perlu RM1500.00 sebulan dan universiti RM2,000.00 sebulan. Itu baru gaji permulaan (starting). Sebab itu katanya kakitangan kerajaan jangan dok syok sangat. Kita kena kaji dan buat analisis. Walau bagaimanapun ucapan terima kasih kita ucapkan juga sebab segala teguran dan bangkangan kita selama ini depa ikut,"kata Cikgu  Abd.Wahab lagi.

Di akhir ceramahnya beliau bepesan kepada kakitangan kerajaan:-

" KERAJAAN BAGI BONUS, KITA TERIMA,
" KERAJAAN NAIKKAN GAJI 10% KITA SETUJU,
" KERAJAAN TAMBAH ELAUN PERUMAHAN 50% KITA AMBIL, : YANG PENTING BILA UNDI, PANGKAH BARISAN ALTERNATIF!!!

Demikianlah kehebatan anak jati Kedah yang dilemparkan ke Rompin ,Pahang dan  kini menjadi aset yang amat berharga kepada rakyat Pahang. Cikgu Abd.Wahab  semakin disayangi dan dikagumi di mana-mana beliau berceramah di bumi Pahang  ini. Kalau Siti Nurhaliza terkenal dan akan dikerumuni sebaik sahaja selasai  membuat persembahan, begitu juga dengan Cikgu Abd.Wahab, beliau akan di sambut dan dikerumuni oleh seluruh kakitangan kerajaan dan para guru sebaik  sahaja beliau selesa berceramah. Kadang-kadang sampai kering dakwat pen, kena sign autograf.
 

Sekian, salam ukhuwwah dan perjuangan.

Cucu Mat Kilau, ROMPIN,PAHANG.